Thursday, May 07, 2009

Pengantin KL

Sempena Hari Buruh yang lalu, aku telah pergi ke KL bagi memenuhi undangan perkahwinan dua pupu aku di sebelah saudara Papa. Aku dan suami serta my Prince menumpang kereta Papa untuk kesana..save cost..hehe.. Lagipula jika didalam satu kereta banyak perkara dapat dibualkan..masa perjalanan yang agak jauh tidaklah terasa jauhnya..

Kami sempat berhenti rehat di Tmn Rekreasi Ulu Bendul untuk melepaskan lelah..Hem..cantik juga di situ,tempat anak2 bermandi manda.. anak aku sampai teruja melihat budak2 bermain air.. sehingga menyuruh aku membuka bajunya untuk mandi.. Tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan, Tuk Pa terpaksalah memujuk cucu nya.. lain kali jelah ye sayang...

Kami sampai di rumah pengantin dalam pukul 5.. bersalam2an dengan sanak saudara yang telah sampai awal.. Oleh kerana bilangan saudara mara yang ramai, maka kami telah ditempatkan di tadika berhadapan rumah pengantin.. itulah 'hotel' sementara kami..hahaha
Berehat2 seketika sebelum bersiap2 untuk meraikan malam berinai..

Esoknya adalah majlis langsung pengantin.. tidak banyak yang dapat kami bantu kerana semuanya telah diuruskan oleh caterer yang diupah..biasalah orang bandar..mana sama dengan orang kampung.. hem..teringat majlis perkahwinan aku dolu2.. semua orang,sanak saudara, jiran tetangga bergotong royong bagi menjayakan majlis.. penat tapi meriah!

Dalam pukul 2 pengantin diarak dengan kompang..anak aku yang sememangnya suka dengan orang berkompang pun sebuk meminta Hafiz-sepupunya untuk dokong..maklum,orang ramai berkerumun..

Setelah majlis berakhir pada pukul 5 petang, semua balai turut dirobohkan.. selepas itu acara barbeQ ikan dan makanan laut yang telah disponsor oleh salah seorang saudara kami.. dengarnya dapat Bonus banyak..hehehe.. semoga murah rezeki..

Setelah perut masing2 kenyang, maka sebahagian keluarga telah bertolak pulang ke kampung..
Aku pula telah dilawa oleh sepupuku Yana untuk bermalam dirumahnya.. ok jugak, tak pernah pergi pun rumah dia..


Melepak di balai sementara menunggu pengantin..Bibik aku(bertudung hitam) yang paling control cun bila aku cakap nk masukkan gambar ni dalam blog..hehe

Apa lah yang dilatah oleh Che Nah yang berbaju hijau tu..(nenek aku daaa..)

Arieff sempat possing depan kek pengantin..hehe

Mama bersama Mak Lang Sabi(kalau tak salah aku laa)di pelamin

Mama bersama pengantin yang bertemakan Pink..

Lepak di 'Hotel' sementara hehe..

Arieff bersama Tuk Ngah(itu kalau aku yang panggil.. atuk sedara aku,kalau anak aku yang panggil apa yer.. maybe oyang Ngah kut..hahaha)

Lepak dimeja makan sementara tunggu 'signal' untuk makan malam..hehe

No comments:

Post a Comment