Monday, April 26, 2010

tALIan kaSiH..


Di pulau itu
Tercatat secebis kisah
Terusan dibuai mengulit rasa
Terusan resah menggoda jiwa
Bagaimana harus digambar
Ntahkan benar
Ntahkan tidak
Ntahkan realiti
Ntahkan ilusi
Umpama sebuah kenangan
Bagai mimpi menyulam dinihari
Disitu tercipta talian kasih
Yang pastinya sukar ditafsir
Oleh akal nak sejengkal
Lantaran tak berpijak dibumi nyata
Terawang melayang diruang kerinduan
Hidup dirasa laksana madu
Manis dihati menusuk sanubari
Tiada kata madah diungkap
Hanya senyuman
Mengiringi pesona malam..
090103

Thursday, April 22, 2010

saTu cEritA..

Sebatang lilin itu..
Terkandung satu cerita
Dua insan bercinta
Terus terlena
Dipeluk ghairah rasa
Kadangkala
Tergelincir jua
Dalam mainan jiwa
Yang menggila
Lalu..
Terhumban ke daerah
Yang penuh noda
Seketika..
Tersentak mereka
Tipu daya
Seteru Adam
Makhluk durjana
Dan..
Mereka pun kembali
Ke jalan yang diredhai Nya..
091002

Tuesday, April 20, 2010

bOWliNg tOURnaMEnt..

Ahad lepas seperti tahun-tahun sebelumnya Sport Club akan mengadakan pelbagai acara..game.. kejohanan.. sepanjang tahun.. Tahun ini kejohanan bowling merupakan agenda pertama..
Seperti yang dirancang oleh AJK kelab, Ahad lepas bertempat di Angsana Bowl,Kompleks Pasir Gudang berlangsungnya acara bowling berpasukan.. aku? mestilah main jugak.. walau tak pandai main..janji baling jelah... hehehe


Antara para peserta yang berdaftar dengan semangatnya..

Team "Gambate" - aku, Ina,Zai
Pelbagai aksi peserta yang penuh semangat membuat balingan..


Pose2 peserta beserta anak masing-masing sebagai pembakar semangat..hehe


Acara berakhir lebih kurang pukul 3.30 ptg dengan penyampai hadiah kepada para pemenang..
Team Gambate- 1st runner up cakap lu.. emm..terror gak.. :)




mEMOri ciNTa..

Dikala senja mula berangkat
Melakarkan warna-warna remang
Dikaki langit
Disitu,duduk seorang perawan
Merenung jauh kelangit biru
Mengenang memori cintanya
Berkata-kata suara hati
Andai kasturi hilang harumnya
Mawar-mawar hilang kuntumnya
Namun kasihnya tetap merimbun
Mengharum dilaman hati..selamanya
Bisikan angin senja
Gemersik lembut ditelinga
Seolah membawa suara arjunanya
Membelai asyik dijiwa
Hempasan ombak digigi pantai
Serasa terukir riak kekasih
Indah mempersona..
Namun apakan daya
Pesonanya lebur
Dibawa pergi bersama bebuih ombak
Ditelan lautan ganas
Tiada simpati
Takdir mengatasi segala
Arjunanya pergi
Meninggalkan kisah cinta mereka
Pergi yang tak akan kembali..
Kicauan camar yang pulang
Pulang dari mencari rezeki
Buat hari ini
Menyedarkannya dari lamunan
Remang jua makin menghilang
Diganti suara malam
Itulah lumrah kehidupan
Silih berganti tanpa cela
Sebagai tanda kuasa Yang Esa
Hatinya pasrah ketentuan Ilahi..
Dia bangun dari duduknya
Lantas berlalu pulang
Meninggalkan kesan-kesan tapak
Dipantai yang bersih nan memutih
Yang bakal hilang
Disapu air jernih
Namun kenangan cintanya
Terukir teguh dihati..abadi
131102

Thursday, April 15, 2010

riNDu lAGi..

Rindu..
Ringkas namun terkandung
Seribu makna
Yang bisa menanar insan manusia
Kala rindu
Datang bertamu
Tiduran pastinya tak lena
Makanan disantap hambar terasa
Air disiram serasa tak basah
Alangkah indah dilamun rindu
Bagai berlari ditaman syurgawi
Dihiasi indah bunga berseri
Ingin sekali
Dipeluk rindu
Setiap ketika setiap masa
Membuah senyuman mewarna jiwa
Kini rindu datang lagi
Mengintai ruangan
Kamar hati
130103

Wednesday, April 14, 2010

sERi KaSih NaN kELam..




Detik-detik yang menyepi

Semakin tawar

Dalam rencah

Rasa-rasa rindu

Hari-hari mendatang

Menyusuri kelam

Hingga seri kasih

Makin kabur

Tanpanya disisi

Menemani diri..

170703