Wednesday, February 25, 2009

mEmuJUk sEkEpiNg hATi..



Tika ini…
Inginku berlari
Membawa sekeping hati
Nan lara
Akibat kerakusan kehidupan
Pahit perit kekejaman perasaan
Kemana..?!
Mengikut tubuh melangkah?
Bukan!
Menurut akal fikiran yang gundah?
Tidak jua!
Lalu…Kemana hati ini kan ku tempatkan
Ke daerah asing yang tidak pernah kujejaki
Atau..
Ke tanah gersang tiada berpenghuni..?
Argh!!
Tiada arah
Tiada kesudahan
Akhirnya..
Kupujuk hati ini
Sisihkanlah laramu itu
Cekallah dikau
Menempuhi liku kehidupan
Tabahlah dikau
Mengharungi onak ranjau perasaan
Kerana..
Padamu sekeping hati
Ku pautkan segala kekuatan diri...

Tuesday, February 24, 2009

aNAk bUAh..

Hem..ini adalah anak buahku yang pertama..
MUHAMMAD KHAIR IZZ ZIKRI..
selamat dilahirkan pada 17hb Dec 2008.

Oleh sebab dilahirkan dengan ‘kuning’ so terpaksalah diletakkan didalam balang kaca yang mempunyai lampu biru..thats why kena pakai ‘spek’..hehe




Anakku yang 'exited' dengan kehadiran 'geng' barunya..

Dengan kehadiran baby dari adikku, berlakulah penambahan cucu ke-2 untuk Nek Ma dan Tuk Pa.. (panggilan untuk mama dan papa ku untuk cucu2nya...)

pEstA LaYAnG2..



Sabtu lalu aku sewaktu aku bersenang2 di rumah, satu sms dari Mak De(panggilan unik untuk salah seorang ibu saudaraku)- Along kul 830pm jom gi Bukit Layang2.. so aku reply- ok.
Hem.. Pesta Layang2 saban tahun memang aku nantikan..(tahun ini kalau tak salah adalah tahun ke 5 bagi aku..) aku sungguh tertarik pada ‘keindahan’ ratusan layang2 yang menghiasi dada langit.. Terasa diri seakan bebas,sebebas layang2 yang melayang di udara.. kalaulah aku seorang pelukis, akan aku abadikan suasana dan seni abstrak yang sungguh mengasyikkan pada ku..
Sebenarnya aku telah pergi ke Bukit Layang2 pada hari Rabu dan Jumaat yang lalu bersama suami serta hero kecil ku.. (Pesta Layang2 ini diadakan selama seminggu bermula 17hb-22hb) Pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah layang2.. cenderahati.. pakaian..makanan..dan pelbagai lagi.. tapi menurut ku, pesta kali ini tidak semeriah tahun2 yang sudah..mungkin kerana keadaan ekonomi yang agak tidak mengizinkan..Bersama2lah kita mengharungi kegawatan ini..semoga ia akan berakhir secepatnya..Hem.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini… Tetapi aku sempat membelikan layang2 dan beberapa mainan untuk anakku.. Siapalah yang tidak kasihkan anak kan.. Walau susah macamanapun..anak tetap menjadi agenda no.1..
Tepat pukul 8 aku telah berada di bukit layang2 seperti yang dijanjikan..hem..ramainya orang dengan masing2 sungguh asyik dengan layang2 masing2.. terutama kanak2..memang inilah masa yang ditunggu2.. oleh kerana Mak De ku belum sampai, jadi aku pusing2 sambil mencuci mata..hehe..Tidak lama,Mak De menelefonku.. hem..rupanya2 ramai saudara mara ku yang lain telah berkumpul di sana.. Mak Ngah..Mak Lang.. Mak Ja..sepupuku Zura..Wati..dengan masing2 membawa keluarga masing2.. hem..macam family gathering plak..sempat picnic dengan mee goreng Mak Lang ku.. Suamiku seperti biasa..sebuk melayan kerenah hero nya yang berlarian2 di tengah padang bersama dengan rakan2 seangkatan.. di waktu ini terdetik hati ku-argh..!! anakku telah besar.. hehe.. dan sekarang mula pandai meminta mainan.. agaknya dia tertarik pada kerdipan lampu2 yang menghiasi mainan2 itu.. Sambil menarik2 tangan ku..dan dengan bahasanya yang bermaksud:- Mummy..Arieff nak mainan tu… sekali lagi.. anakku sudah besar.. :

Monday, February 23, 2009

raHsiA..


Ini adalah tatapan minda yang sempat aku baca di Utusan Online hari ni..
Semua orang yang mendirikan rumahtangga pastinya mengharapkan kebahagiaan yang berterusan hingga ke akhir hayat.. Walaupun kata orang sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isteri..


Rahsia mengekal perkahwinan bahagia
MEMBINA dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia bukannya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha.
Sebenarnya, dalam melayari kehidupan rumah tangga, kita juga tidak boleh elak daripada berhadapan dengan bebanan kerja, kerenah anak-anak dan rutin harian. Tanpa sedar, keadaan itu membuatkan kita lupa untuk memelihara perhubungan dan beranggapan suami tidak kisah mengenainya.
Andai diri masih leka, hayatilah beberapa panduan di bawah khusus untuk mengingatkan anda mengenai pentingnya membina sebuah perhubungan yang bahagia. Mungkin, melalui panduan tersebut dapat membantu anda dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia selamanya.

Belajar berkomunikasi secara efektif
Komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan atau perhubungan yang utuh dan sihat. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia. Jangan segera memberikan pandangan. Dengar sahaja apa yang ingin diperkatakan pasangan anda. Jika perlu meluahkan sesuatu, luahkan apa yang anda rasa secara positif dan jujur.
Hem..lepas ni kena kurangkan membebel.. tapi..mampu ke? Hehe..

Luangkan masa Bersama

Andai diri tiada masalah untuk berkomunikasi dengan efektif, carilah masa untuk mewujudkan satu perbualan bermakna antara kamu berdua. Pastikan ia bebas daripada sebarang gangguan. Contohnya, untuk pastikan anda benar-benar berkomunikasi bersama pasangan, tutup dahulu televisyen yang ada di hadapan anda. Ataupun, ambil peluang berbual dalam suasana malam yang sunyi di rumah.
Baru jer nak berbual..ada jer sikecik yang sebuk ajak berkomunikasi..

Pergaduhan secara adil
Jangan mengharapkan diri sentiasa bersetuju dalam semua perkara. Paling penting dalam menyelesaikan konflik yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda, biarpun ketika itu sedang bertengkar.
Biarkan suami/isteri tahu bahawa anda sedang menilai kata-katanya meski diri tidak bersetuju dengannya.
Cuba elak mengkritik, mencemuh, mengenepikan atau menolak pasangan ataupun pandangan mereka.
Jika diri berasa kecewa atau marah, tinggalkan perbualan itu dan sambung semula di masa yang lain.
Nota - Andai terasa diri mungkin akan mencederakan pasangan anda, segeralah berlalu dan biarkan dia bersendirian. Cuba dapatkan bantuan secepat mungkin.

Beri komitmen dalam perhubungan
Pastikan anda sentiasa mengutamakan perhubungan atau rumah tangga dalam kehidupan anda.
Sebuah perhubungan adalah satu usaha yang berterusan. Oleh itu, ia memerlukan perhatian dan usaha untuk berkembang. Tidak kira betapa sibuk pun diri anda, cuba luangkan masa berkualiti bersama walaupun terpaksa mengatur semula jadual dalam diari.
Raikan pencapaian diri masing-masing secara bersama. Sekiranya dihimpit kesusahan, berilah sokongan dan galakan kepadanya.


Luahkan rasa penghargaan anda
Ucapan terima kasih mungkin dilihat remeh, tetapi ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dirinya istimewa dan dihargai.
Walaupun mungkin dia tahu bahawa kita mengambil berat mengenai dirinya, ia tidak menyakitkan untuk mengucapkan terima kasih biarpun untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti memasak, menidurkan anak atau membuang sampah.
Hem..bersetuju dengan ayat diatas.. hilang rasa penat..marah..bila ada yang ucap terima kasih sayang.. hehe..

Kekalkan gurauan dalam kehidupan seharian. Selalulah ketawa bersama pasangan. Kekalkan gurauan boleh melegakan tekanan dan tegangan. Malah, ia dapat membantu anda melalui saat-saat sukar bersama.

Belajar bertolak ansur
Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.

Saling memaafkan
Dalam perkahwinan, ada ketikanya pasangan melakukan kesilapan atau berkata sesuatu yang melukakan hati, tidak kira ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Saat itu, tidak salah untuk anda berasa marah. Tetapi, biarkanlah kemarahan itu berlalu. Sebenarnya, jika berterusan memikirkan tentang kekecewaan tersebut, sukar untuk anda membina perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Kekalkan kemesraan
Perhubungan selalunya romantik pada tempoh permulaan. Tetapi, apabila masa berlalu dan pasangan beralih perhatian dengan perkara lain seperti kerja, anak-anak, bil dan rumah - akhirnya mereka akan mengambil sambil lewa tentang diri masing-masing.
Buatlah pasangan anda rasa istimewa, lakukan sesuatu yang romantik walaupun hanya satu perkara yang kecil.
Contohnya, bawakan sarapan pagi di katil, sesekali keluar makan malam, berjalan di pantai atau berkelah.

Cuba cari masa untuk diri sendiri
Memang normal untuk pasangan mempunyai hobi, minat dan kawan yang berbeza.
Biarpun, hakikatnya menghabiskan masa berkualiti bersama itu penting, sesekali anda juga perlukan masa untuk bersendirian atau bersantai bersama teman-teman.
Dengan mencari masa untuk diri sendiri, anda sebenarnya akan lebih menghargai diri pasangan anda.
Akhir sekali, andai telah mencuba pelbagai cara tetapi masih mengalami kesukaran dengan perkahwinan atau perhubungan, cubalah dapatkan bantuan, tidak kira melalui terapi, kaunseling perkahwinan ataupun meminta pandangan daripada kawan-kawan yang mampu membantu.

Thursday, February 19, 2009

mY LuV

Orang kata cinta monyet hanyalah cinta yg akan singgah dalam kehidupan remaja sesetengah dari kita..dan ia akan berlalu dengan seusia kita.. tapi bagi aku,perkenalan dengan suamiku dibangku sekolah..walaupun berlainan sekolah..telah membuahkan rasa manis bercinta.. “Terasa dunia ini bagai ana yang punya..” hehe.. bibit2 kerinduan itu semakin lama semakin mendalam..dan berpanjangan sehingga aku melanjutkan pelajaran di UTM.. hem..agaknya inilah yang dikata orang.. andai ada jodoh.. tak kan lari gunung di kejar.. genap sepuluh tahun(fuh..!! lama tu ..)melalui pelbagai onak duri percintaan..pahit manis yg diharungi bersama,akhirnya pada 03 Feb 2006,dengan izin Allah kami telah selamat diijabkabulkan.. dan sekarang usia pernikahan kami telah menginjak ke 3tahun.. hem..semoga Allah merahmati jalinan kasih suci ini hingga ke nafas terakhir..



sayang.. kan ku bawa kasih ini hingga ke syurga..

PeRMatA HaTi..


My baby -1st day in the world..hehe
Selamat dilahirkan ke dunia fana ini pada
25thDec 2006.. My little santa.. :)









Ketika ini berusia 2bulan.. hem.. monteii nya anak mummy...





My little cutie... ketawa riang..




Semoga menjadi anak yg soleh... amin


Inilah buah hati pengarang jantung..intan berlian.. semuanyalah.. hehe

MUHAMMAD ARIEFF KHUZAIRI






1st dAy..

1st day dlm dunia blog..hehe