Monday, April 27, 2009

pAtuT atAU tiDak..??

Last week aku menonton berita di TV3 sperti kebiasaan..maklum ini adalah satu medium untuk mengetahui keadaan semasa..dalam dan luar negara..

Hem.. salah satu berita yang aku rasa sampai sekarang macam tidak adil kepada orang awam..

Berita itu mengisahkan tentang insiden kejar mengejar antara polis rondaan dengan sebuah kereta waja(kalau tak salah aku) Polis itu telah cuba menahan kereta yang mencurigakan tersebut,tetapi malangnya kereta tersebut telah memecut laju tanpa memperdulikan keselamatan orang awam yang turut berada di atas jalan raya..

Bagi melepaskan diri, penjahat(kalau bukan,mesti tak lari kan..)tersebut telah melanggar beberapa kereta antaranya Vios yang dipandu oleh seorang wanita cina bersama dua orang anaknya..sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk.. kemudian Waja penjahat tersebut telah melanggar lagi sebuah kereta sehingga menyebabkan pemandunya patah kaki akibat dirempuh.

Kisah ini berakhir apabila polis itu telah berjaya menahan kereta Waja tersebut iaitu penjahat yang mempunyai senjata yang berbahaya termasuklah pistol dan beberapa butir peluru.
Polis ini telah dianugerahkan pingat(kalau tak salah aku) sebagai menghargai keberanian polis tersebut dalam memberkas penjenayah yang dikehendaki tersebut (Gambar hiasan )

Persoalan yang aku ingin aku utarakan ialah, patut atau tidak patut bagi polis tersebut bertindak untk mengejar penjahat tersebut tanpa memperdulikan orang awam sehingga menyebabkan kenderaan mereka kemalangan dan lebih teruk sehingga patah kaki..?? Bagaimana kalau orang awam tersebut bukan sahaja patah kaki malah mati ditempat kejadian..?? Bagaimana agaknya nasib kedua orang anak wanita cina itu sekiranya ibu mereka juga mati akibat kemalangan tesebut?? atau pun lebih malang kedua orang anak itu turut terkorban disebabkan tindakan polis yang mengejar penjahat yang kita semua maklum bahawa penjahat akan bertindak nekad bagi melarikan diri waima mengorbankan orang awam sekalipun..

Apakah kita akan bersyukur dengan penangkapan penjahat tersebut,maka jumlah penjenayah akan kurang??atau apakah perasaan kita sekiranya yang terkorban itu adalah orang2 yang kita sayangi...??

Hem.. sampai saat ini aku masih berfikir2.. PATUT atau TIDAK..??

1 comment: