Thursday, May 21, 2009

jIRan..oH..jiRAn..

Minggu lepas kebetulan papa dan mama datang ke rumah aku.. sampai2 jer rumah Tuk Pa exited bagi cucu nya baju askar sepasang siap dengan topi sekali.. fuh! bukan main bergaya lagi Arieff pakai baju askar dengan senapangnya.. siap berkawad depan Tuk Pa dengan Nek Ma.. haha..lawak betul.. lupa plak nak amik video..


Esoknya aku dan suami aku pergi ke Teluk Kabung untuk membeli ketam yang masih fresh lagi.. tapi sayangnya oleh sebab bulan terang, so saiz ketam2 tu tak sebesar ketam yang aku beli sebelum ini.. tapi..kira oklah.. dah lama tak makan ketam.. balik rumah dengan bantuan Fazz, aku terus masak lemak cili padi.. hem.. terangkat beb.. Mama bagi gred A cakap lu.. suami aku siap macam tak percaya aku yang masak.. mati2 dia kata mama yang masak..cess!! aku saja jer tunjuk skill sekali sekala.. hehe..


Esoknya Mak cik aku telah mengadakan acara makan2..saja nak kumpul2 sedara..hehe.. Ikan tebal pipi dan seekor pari yang anggaran beratnya dalam 4kg kutt.. yang telah dipancing oleh suaminya telah selamat dimasak kari dan asam pedas..kali ni aku Cuma buat sambal belacan+buah kuini..fuh!! meleleh siutt..hehe Kebetulan mama dan papa aku pun ada sekali..so pelagi.. Mak De..Mak Ngah.. Mak Lang..Mak Dak..Mak Ja bersama keluarga masing2 selamat menjamu selera..hehe..

Petangnya,setelah bermesyuarah dengan ahli2 keluarga yang lain, Mak cik aku telah membuat keputusan untuk membuat satu perjumpaan dengan salah seorang jirannya yang selama ini dianggap sebagai jiran yang agak baik hubungannya tetapi rupanya dalam diam jirannya itu telah memfitnah dan membawa cerita yang dirasakan cukup mencabar kesabaran..

Isunya begini.. Mak cik aku ni ada seorang anak perempuan- anak arwah Ayahcu aku yang telah dipelihara sejak bayi lagi.. kiranya anak saudaralah kan..merangkap anak kandung laa... tapi jiran2 di taman perumahan Mak cik aku ni menganggap anak itu adalah anak kandungnya.. sementelah rupanya yang agak mirip.. maklum..darah daging lah katakan.. tapi ada seorang jiran yang selang beberapa buah rumah sahaja yang telah menjadi agen 007 yang tak bertauliah telah perasan nama bapa pada buku sekolah anak perempuan Mak Cik aku ni tak sama dengan nama suami Mak Cik aku.. tanpa bertanya dengan lebih lanjut kepada Mak Cik aku ni, dia telah pandai2 bawak cerita yang anak itu adalah “anak ntah apa2”…


Habis satu taman dijajanya perkara tu.. ada ke patut..!! Sehinggakan ramai jiran2 telah sedikit demi sedikit memulaukan Mak Cik aku ni.. Cerita ini diketahui apabila salah seorang jiran tersebut telah bertanyakan hal itu kepada suami Mak Cik aku ni..pelagi…. Mak Cik aku pun hanginlah satu badan… iksh!! Kalau aku pun pun hangin..agaknya bukan angin lagi..terus rebut taufan!!

Untuk membersihkan nama serta memberikan pengajaran kepada jiran yang sungguh tak bertamadun ini maka satu perjumpaan disertai dengan semua ahli keluarga.. jiran2 yang dikenalpasti sebagai radio buruk..ketua blok..ketua Yassin..dan macam2 ketua lagilah.. telah diadakan selepas maghrib..maka terungkailah cerita sebenar dan jiran tersebut, (errr..layakkah dipanggil jiran?? ) dituntut agar memohon maaf secara terbuka dan diberi amaran agar tidak mengulangi perangai buruk nya ini di masa akan datang oleh abangnya sendiri selaku wakil kepada adiknya yang memalukan itu.. sekiranya jiran itu masih melakukan perkara yang sama,maka Mak Cik aku akan failkan saman malu terhadapnya.. huh!!

Hem.. apa lah nak jadi dengan jiran zaman sekarang ni kan.. dalam baik2 dikenakan kita balik.. apa salahnya kalau tak pasti dengan sesuatu perkara terus bertanya pada tuan empunya badan.. lagipun, salahkah kita memelihara anak yatim yang telah kehilangan ayah?? Sedangkan Rasullah sangat mengasehi anak2 yatim.. apa perasaan dia agaknya kalau dia berada di tempat mak cik aku ni…

Nak buat macamana.. rambut sama hitam..hati sapa yang tahu..kecuali empunya badan dan Penciptanya sahaja.. Tidak terfikirkah dia.. dalam keluarga..saudara mara yang jauh dari di tempat tinggal, hanya jiran2 sahaja yang sepatutnya menjadi orang terdekat jika mengalami masalah atau bencana.. Rasullah menyuruh kita menghormati jiran dan mengganggap mereka sebagai saudara..

Moral of the story: buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali..

**Alamak… teringat pinggan yang berisi cucur udang(selamat diproses dalam perut aku..) yang jiran aku bagi hari tu masih elok tersusun di rak pinggan aku.. hemmm.. apa ekk masakan yang aku patut bagi sebagai balasan… errr..inilah hidup berjiran….saling rasa merasai..hehee…

1 comment:

  1. huhu....
    selendang
    taman negeri...
    kampung ganun..
    okey la tu.....
    gud luck ur family live...

    ReplyDelete