Wednesday, December 22, 2010

bERkeLanA..



Akukah yang berkelana itu
Dari satu daerah ke satu daerah asing
Melihat ragam manusia
Yang kuat meratah yang lemah
Diinjak-injak batu kepala
Menghisap darah pada yang alpa

Akukah yang berkelana itu
Dari satu emosi ke satu emosi
Bilamana cinta dan rindu
Yang terkadang bertintakan cemburu
dan derita
Menjadi satu kesah warkah abadi
Buat pasangan dua sejoli

Akukah yang berkelana itu
Bila mana insan yang khilaf
Tersedar lalu mencari redha yang Esa

Lalu ku nokhtahkan kelanaku di sini
Kesah-kesah itu ku semadikan dihati
Buat pedoman di lain hari



Friday, November 26, 2010

hARapaN..imPian..



Harapan yang hilang
Bagai lelayang
Putus talinya...

Impian yang berderai
Umpama kaca
Terhempas ke batu..

Harapan dan Impian
Laksana bulan
Retak seribu..!!
010303


Monday, October 25, 2010

gELorA rINdu..



Dalam sekeping hati
Masih terkelumit
Riak-riak rasa rindu
Menggugat ketenangan rasa damai
Dalam kolam hati

Walau telah jauh kubenam
Rasa itu kedasarnya
Namun pantas saja
Ia menerjah ke permukaan kasih

Mengapa begitu sukar
Menewas gelora rindu
Yang hadir

Tidak mengerti,
Namun semakin dirasai...

Friday, October 08, 2010

bAHAgiA..


Ku pejamkan mata

Ingin melupa

Kisah-kisah noda

Merobek rasa

Meruntun jiwa

Penuh kecewa


Kini..

Ku buka mata

Mengukir senyuman

Pada sebuah kehidupan

Harum mewangi

Nan bahagia

Tuesday, October 05, 2010

lANGkaH..




Seorang anak kecil
Baru belajar
Melangkah
Setapak demi setapak
Dia bertatih
1..2.. aduh!
Terduduk lagi
"Tak mengapa anakku, bangun dan cuba lagi"
Itulah suara sang ibu
Tak jemu menggalak
Agar si anak terus menapak

Hari berganti..
Anak itu
Makin bijak mengorak langkah
Mengatur perjalanan hidup
Kian pandai berlari
Mengejar arus pembangunan,kemodenan
Telah betah bermain
Dalam percaturan kehidupan
Dari jauh..
Sang ibu memerhati
Argh.. anaknya sudah dewasa!

(141002)

Monday, September 06, 2010

Sayu Ramadhan

Ramadhan ini
Mengundang sayu dihati
Insaf..
Pada kekhilafan diri
Pada keagungan Illahi
Waktu berlalu
Kian merangkak perlahan
Meninggalkan detik-detik penuh rahmah
Mampukah kan bersua lagi
Ntah.. andai jodoh masih ada, mungkin
PadaMu, berkatilah hidupku
Kurniakan aku kekuatan
Buat penyandar dalam menempuhi liku-liku kehidupan
Yang terkadang ketawa, tak kurang berlinangan air mata
Jua..
Berikanku kesempatan taubat
Sebelum Izrail memberi salam
Dan..
Lidah kan kelu, jasad pun kaku

Tuesday, August 17, 2010

DiNGin..

Dalam dingin dinihari
Ku renung kenangan
Dihalaman rindu
Wajahmu bermain dimata
Suaramu terdengar dijiwa
Pernah kita berkongsi rasa-rasa
Masih menyimpan kini dan selama
Katamu kau kan menantiku
Walau berjuta saat berdetik
Takdir Esa
Ku kau tinggalkan buat selama
Tiada lagi senyum nan mesra
Tiada lagi derai tawa
Tiada lagi rayuan menggoda
Tinggal sendu dijiwa
Menemani aku yang masih disini
Menghitung hari-hari berlalu tanpamu disisi
Apalah daya
Hanya lidah mengkhatami luhur doa
Dan salam Alfatihah buatmu
Kasihku...

Wednesday, August 11, 2010

sALaM RamAdhAn..


Wahai tetamu Ramadhan.
Yang pasti dihidangkan Rahmah dan Maghrifah.
Airmata Taubah, Dendangan lagu-lagu Tadarus.
Selimut Tarawih, Bantal Tahajud
Doanya moga mewarisi Jannah..
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Friday, August 06, 2010

pERgi..

Ditanah ini
Begitu sepi kini
Setelah puas ku mencari
Namun yang kutemui
Hanyalah mimpi-mimpi
Yang pulang pergi
Tatkala mentari memunculkan diri
Hari ini..
Kan ku tinggalkan segala
Biar hilang resah didada
Biar lenyap kabut dijiwa
Walau dihati
Tercalit kesayuan,kepiluan
Namun kulangkahi jua
Maka..
Biarlah aku pergi
Mencari kembali
Semangat diri..
(171002)

Wednesday, July 14, 2010

pULAu tIOmaN..

Sempena bizday aku yang lalu, suami aku meraikannya dengan percutian ke Pulau Tioman.. Sebuah tempat yang dah lama aku ingin lawati tapi masih tak berkesempatan hinggalah minggu lepas baru Tuhan mengizinkan kami ke sana.. Kami bertolak dengan menaiki feri,walaupun agak bimbang juga takut2 mabuk laut ditambah dengan aku yang berbadan dua ni.. tapi tawakal jelah.. Alhamdulillah,setelah mengharungi lautan selama lebih kurang 2jam lebih tanpa mabuk laut, akhirnya kami telah selamat tiba di jeti Kg.Salang,Tioman.
Sesampainya di jeti, Subahannallah..aku tengok ikan2 yang berwarna warni dengan coral2 yang kelihatan jelas disebabkan air lautnya yang jernih.. patutlah Pulau Tioman dikatakan antara pulau2 yang tercantik didunia.. memang aku terpikat dan teruja melihatkan suasana itu... Akhirnya dapat juga mata aku ni menikmati keindahan semulajadi di dalam lautan.. walaupun dari atas jeti jer..hehehe :)
Setelah itu kami pergi ke challet penginapan di Salang Beach Resort yang betul2 terletak mengadap lautan. Hem.. memang sungguh menarik dengan keindahan pemandangan lautan yang terbentang luas di depan mata.. dan keindahan matahari terbenam seperti bebola emas dikaki langit..
Malam, setelah menghilang lelah dan perut pun dah berlagu2 minta diisi..kami ke kedai makan yang mempunyai seafood yang fresh.. setelah itu kami cuma berjalan2 di sekitar dan melihat kaki2 pancing yang melepaskan gian di jeti.. tapi walaupun ikan begitu banyak dan kelihatan agak jinak namun rasanya agak sukar untuk mereka menaikkan ikan.. agaknya ikan2 itu pun dah teror mengelak..hehehe..
Setelah agak larut malam, tilam pun dah memanggil2..lagi pula Arieff yang turut kepenatan.. kami pulang ke challet..tapi suami aku yang memang boleh dikatakan kaki pancing, katanya rugilah tido cepat2..dia pun join kaki2 pancing yang lain.. aku dan Arieff mula belayar..zzzzz
Tiket feri dan banner di jeti Kg Salang, Tioman.


Arieff yang sempat bergambar dengan bajak mainan yang sempat dipow sebelum bertolak ke Pulau Tioman..sabar jelah... dalam feri sempat dia terlelap di pangku Daddy..
Antara pemandangan di jeti.. tengok lah ikan2 yang berenang2 di si jeti..macam jinak2 belaka..heh!


Antara gambar challet penginapan dan pemandangan di depan dan sekitar challet.. Memang cantik dan bersih..



Pagi hari kedua..sempat layan perasaan dan menikmati bunyi ombak yang berlagu indah dijiwa.. dan angin pagi yang bertiup sepoi2 bahasa.. sambil berayun lembut di hammock yang ada di depan challet.. Aduhaiii...memang tak terkata keseronokannya..!!


Antara gambar2 menarik sempat dirakam..
Setelah menikmati sarapan pagi, kami telah menyewa sebuat bot laju untuk mengelilingi pulau2 yang berdekatan.. Arieff memang seronok sakan naik speedboat katanya..sampai boleh terlena ditiup angin laju.. sabar jelah.. Antara pulau2 yang kami kunjungi Pulau Rengis, Pulau Berus..Pulau Monkey Bay, Marine Park..dan ada lagi pulau yang sudah kulupa namanya.. Sempat juga kami membeli beberapa sourvineer kenang2an di Kg Tekek yang mempunya zon bebas cukai disitu.. Paling tidak kulupa, terdapat 2pokok besar yang telah menjadi tempat kelawar2 'menginap'.. Menurut orang2 kg, memang dari dulu kelawar2 bermaustatin di pokok tersebut.. eeiii..nasib kitaorang pergi waktu siang..kalau waktu malam..mesti menyeramkan agaknya..

Antara gambar2 yang sempat dirakam di sepanjang berada di Kg tekek..siap ada airport tu.. hehehe..


Tengoklah Arieff yang keriangan memberi ikan2 makan.. di pulau Rengis dan Marine park. Aku pun tak melepaskan kesempatan.. tapi walau cuba aku tangkap ikan2 tersebut namun tak berjaya.. nampak jinak tapi sukar ditangkap walau bermain dihujung jari.. Walaupun aku tak snorkeling seperti pelancong2 yang lain, tapi disebabkan air yang jernih, kami boleh nampak ikan dan coral2 yang indah dari atas bot.. kata pakcik yang bawak bot tu, ikan yang ditangkap boleh didenda Rm500 seekor.. patutlah ikan2 disitu sizenya agak besar2 jugak.. dan agak 'eksen'..hehehe


Pemandangan semasa di atas bot



Antara pulau yang di lawati-Monkey Bay.. memang monkey2 disitu pandai mencuri barang orang.. nasib Arieff tak kena curi..hehe

Gambar matahari terbenam di depan chalet.. what a nice view..Subhannallah

Antara ragam2 Arieff yang kadang2 menunjukkan kenakalannya yg menguji kesabaran...
kasik can...
Ada gambar2 yang diambil oleh Arieff.. hem..ada bakat gak bujang aku ni.. sekali pandang cam poskad lak.. hehe

Antara gambar2 didepan chalet sebelum nk berangkat pulang..

Hari terakhir di Pulau Tioman.. nak balik sementara tunggu feri datang sempatlah amik gambar.. termasuklah gambar selipar.. oleh photographer bujang kecik..amacam..? kreatif x.. hehehe :)

Setelah menghabiskan masa 3hari 2malam di Pulau Tioman dengan dipenuhi memori indah, Ahad pukul 6pm,kami selamat sampai didaratan jeti Mersing. Apa pun, terima kasih pada suamiku yang 'bersemangat waja' melayan karenah isteri dan anaknya.. hikhik.. Insyaallah, jika berkesempatan katanya akan bawa kami ke destinasi yang lain pula..
Adioss..



Wednesday, July 07, 2010

tAMAn haTi nAN SePi..




Ku lewati
Taman hati


Dulunya indah
Berseri,dihiasi


Bebunga cinta
Harum bak kasturi


Kini tertunduk layu
Menyembah ke bumi


Dimamah sepi
Tak berseri lagi..
(070403)

Ladies Telematch

Hem.. rasanya dah agak bersawang blog ni.. terlalu banyak ujian dan dugaan dalam kehidupan yang terjadi menyebabkan aku tak de mood nak update.. Tapi bila teringat kata-kata dari seorang kawan, apa pun terjadi.. hidup perlu diteruskan.. masih banyak perkara yang perlu ditempuhi..



Walaupun dah agak terlambat dan agak basi kut.. tapi sebab gambar2 ni still ada dalam pc, so aku share jelah ngan pembaca2 budiman.. :) Sebenarnya gambar2 ni semasa aktiviti Ladies Telematch co aku ni.. bulan June lepas.. aku just jadi camerawoman tak bertauliah jer.. special mummy la katakan.. boleh dikatakan agak meriah lah aktiviti itu.. dan masing2 pulang dengan membawa hadiah dan senyum melebar.. layaannn





Ladies telematch di Austin Golf resort..

Sebelum memulakan aktiviti-cam biasa lah..aktiviti bergambar.. Arieff pun sempat suruh mummy amik gambar dengan baby.emm.. tak sabar2 dia nk gomol baby.. sabar yer abang.. hehe.. antara hadiah2 yang menanti untuk di ambil dan dibawa pulang...


Keronokkan tergambar jelas diriak wajah masing2.. semangat waja betul..!!


Kemeriahan yang dikongsi bersama2.. semoga berjumpa lagi.. adioss





Wednesday, June 23, 2010

pUSaRa..




Ku lewati pusaramu
Bersama haruman kemboja
Menggamit rindu
Bersama taburan kelopak mawar
Menggoda kenangan
Dan bersama
Segugus doa buatmu
Seikhlas hatiku
Tiba saat terpisah
Tekad aku pasrah
Pada tentu takdir
Tenangkan aku
Biar bukan dalam dakapanmu
Damaikan nur kasih ini
Biar bukan dalam genggamanmu
Sejahteralah kau disana
Ku kan mengingatimu
Selamanya dihatiku...


Monday, June 21, 2010

18 June 2010 - 5 Rejab


Ntah bagaimana harus ku khabarkan.. ntah bagaimana harus ku sebarkan.. Sedang hati ini masih dalam pencarian kepasrahan pada ketentuan Illahi yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jumaat yang mulia, aku ditelah diberitakan bahawa seorang insan istimewa yang sentiasa dekat dihati ini.. seorang penyayang.. seorang yang memberi semangat..penyelesai masalah..seorang dimana tempat ku mengadu dan bercerita suka duka kehidupan ini selama hampir 9 tahun telah pergi menyahut seruan Illahi buat selamanya..
Sungguh tidak kusangka petang Khamis adalah petang terakhir ku bersamanya.. saling bercerita dan bergurau senda.. Tiada keganjilan yang kulihat pada dirinya atau sememangnya itu rahsia Tuhan Semesta Alam..
Terakhir, sambil membisikkan kata-kata terakhirnya padaku yang akan ku simpan dilubuk hati yang paling dalam dalam hidup ini, dengan perlahan dia berlalu pergi..Pergi yang tak kan kembali lagi..
Masih sukar untuk ku menerima Ketentuan ini..betapa gementarnya kaki ini..betapa luluhnya hati ini.. bila mana wajahnya yang telah dikapankan kutatapi buat kali terakhir.. bila mana jasadnya diletakkan di liang lahad dan disemadikan buat selamanya..
Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya pada Mu Aku Sembah.. dan Hanya pada Mu Aku Memohon.. Kau tempatkanlah rohnya dalam golongan yang Engkau Redhai..
BUAT ABH, DAMAILAH AWAK DI SANA... HANYA IRINGAN DOA YANG MAMPU SAYA BERIKAN UNTUK AWAK...
"Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan" - Yaasin
Al-Fatihah...

Wednesday, June 16, 2010

deRIta sEBuaH rINdU..

Bagaimana harusku tanggung derita rindu ini lagi..
Merindu diasmara berapi namun yang terbakar cuma aku..
Tali kasihmu tidak sekuat dulu..
Mungkin dirimu tak mampu lagi dilambung ombak kaseh
Lalu teratak kaseh cintamu tidak lagi ditepian pantai sayang ini..
Kau pergi membawa semangat kasih dihati yang semakin pudar dimamah rasa sepi yang
mencengkam jiwa..

Friday, June 11, 2010

sESekAli..

Sesekali..
Izinkan aku
Membilang butiran pasir
Di pantai memutih
Kerna disitu
Ada kasih yang kusimpan
Untuknya
Sesekali..
Relakan aku
Menghimpun buih-buih dipantai
Agar cerita indah
Tiada pernah berakhir
Dimaya ini
Sesekali..
Biarkan aku
Titipkan salam rindu
Pada terbang burung
Diangkasa biru
Jua..
Sisipkan sayang ini
Diarus yang mengalir
Moga ada hati yang terasa
Moga ada jiwa yang mengerti
Kasih sayang yang terlarik
Dari titian rasa ke hati
Ikhlas menanti..
(0303)


Friday, June 04, 2010

bERpiSAh JuA..

Di saat ini
Dalam keheningan malam
Ku melihat
Si pungguk terdampar kesunyian
Menanti
Bilakah hadirnya sang rembulan
Bagi menyinari malam yang sungguh
Sepi
Tanpa sebutir bintang diangkasa
Buat menemani hati yang
Sunyi
Sunyi kerna hilangnya sang teruna
Yang dahulu begitu ghairah
Memujuk..merayu si daranya
Dahulu
Teruna dan dara
Begitu mesra bak merpati dua sejoli
Begitu setianya pantai menanti sang ombak
Begitu asyik umpama lagu dan irama
Mereka tidak dapat dipisahkan
Walau ribut melanda
Walau badai menggila
Namun kini
Masa merubah segala
Teruna dan dara
Terpisah jua
Walau cuba ditahan
Walau cuba diseka
Kerna takdir penentu segala
Apa lagi nak dikata
Tiada jodoh antara mereka..
(271198)

Friday, May 28, 2010

pELaNGi PetaNg-SudIRman


Ku meniti awan yang kelabu

Kususuri lorong yang berliku

Mencari sinaran menerangi

Kegelapan



Ku percaya nanti satu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung

Bersamanya



Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahaya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan hati ini



Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang kau kan pasti

Pergi jua..


**Katakanlah padaku..andai tiada lagi pelangi rindu dihatimu,ku kan pergi..


pERsoALan..


Di sini ku menanti
Bisikan suaranya
Kuangani wajah senyumnya
Namun
Kapan harus ku tunggu
Lantaran hayalan
Seakan menghilang
Ditelan detik waktu
Inginku selami
Lautan kasihmu
Inginku daki
Gunung cintamu
Agar bisa terungkai
Persoalan
Satu demi satu
Kerna diri
Terkadang keliru
Apakah bebenang kasihmu
Tidak sekuat dulu
Atau
Takdir sekadar menguji..
Lalu kubiarkan saja
Persoalan berlalu
Dibawa pergi bersama sendu
(090103)

iF..

If someone comes into your life

and becomes a part of you

But for some reasons

He couldn't stay

Don't be so sad

Just glad that your path crossed

and somehow

He made you happy

Even for a while..

Friday, May 21, 2010

kENANgaN iTu..

Ntah mengapa
Tika ini
Hatiku begitu merinduimu
Namamu terukir dimana-mana
Walau realiti meski fantasi
Dapat kurasa kehadiranmu
Gurau senda,pujuk mesra
Membawaku ke alam bahagia
Walau amat kusedari
Semua ini
Sebentar cuma
Bagai embun dihujung rumput
Akan menghilang
Bersama terikan mentari
Dipagi hari
Namun..tak terdaya aku
Untuk menghalang rasa rindu
Yang menggigit jiwa
Jua tak termampu
Memadam bicaramu
Dilayar ingatan kasih
Lalu..kubiarkan saja
Catatan kenangan itu
Tertulis didalam
Diari hatiku
Selamanya...
(221102)

Friday, May 14, 2010

huJAn nAn sAyU..



Malam..
Huja menitis lagi
Membasahi bumi
Tak seperti dulu
Yang bahagia
Kini hujan membiaskan
Rasa sayu dijiwa
Sendu malam menderu
Walau dekat dimata
Namun terpasung dek
Beribu batu dihati
Terlalu jauh untukku dakap
Terlalu lemah untukku belai


Benar katamu, esok masih ada
Namun belumkan tentunya ada
Coretan cinta kita
Walau ribut dijiwa
Walau hujan dimata
Bagaimana harus kulupa
Kiranya kau terlalu bermakna

Biar loceng perpisahan
Telah berdenting
Memaksa kita untuk berpisah
Tapi aku tetap disini
Menghitung sisa rindu
Yang tinggal
Meraih mimpi tak bertepi
Peneman malam sunyi
Yang panjang disisi
.....................

liFE iS..


Tuesday, May 11, 2010

dEMi sEbUAh KaSeh..


Demi sebuah kaseh
Biarlah rindu ini kusimpan kemas dilubuk hati yang paling dalam
Biar pecah didada
Biar bertitis airmata
..................

sEOrANg pERinDu..

akukah perindu itu
melagukan kata rindu
irama syahdu
menusuk kalbu
lantas..
pada diakah
kan ku luahkan kata
agar putik kasih
mekar bersama bunga cinta
kembang harum ditaman mutiara
namun..
terpaku aku
lantaran
kata rindu
tak bermakna
ungkapan syahdu
tak berharga
lalu..
gugurlah bunga cinta
sepi
tak bererti
081002

Thursday, May 06, 2010

fAMilY dAy.. gOREk bAy..

Hem..sempena hari buruh 1st May, keluarga besarku (sebelah mama) yang telah membuat perancangan agak lama juga untuk bersama2 mengadakan hari keluarga. Setelah kata putus diambil, Telok Gorek berhampiran Mersing menjadi lokasi pilihan kami semua selama 3hari 2malam..

Seramai lebih kurang 60 orang ahli keluarga termasuk tua muda.. ibubapa..anak2 menantu.. cucu cicit telah berkumpul pada hari Jumaat untuk check-in di kawasan chalet yang telah diuruskan..
Hem..memang meriah giler dengan suara2 haruk pikuk budak yang sebuk nak mandi laut..biasalah kan..namapun budak2..mak ngan bapak budak pun sama tumpang sekaki..hehe


Siap ada banner dan aturcara tu..cayalah..

Arieff yang x sabar2 nak pakai swim vest -pelagi..nak mandi laut la..
Antara makanan yang dibawa masing2 pada hari pertama sampai.. punyalah bnyak makanan sampai tak termakan.. heh!
Antara suasana di lokasi pada hari pertama datang..


Pada malamnya mengikut aturcara majlis, selepas sembahyang berjemaah bersama2, ceramah agama oleh seorang Ustaz yang dijemput khas dari Selendang yang bertajuk "Membina Keluarga Bahagia" pula menjadi halwa telinga,mengisi rohani. Masing2 tekun mendengar ceramah dan mudah2an kami semua sekeluarga akan menjadi keluarga yang benar2 bahagia dunia akhirat.. Amin
Selepas makan malam, acara rebut kerusi menjadi agenda sukan yang pertama mengisi malam. Masing2 tunjuk skil merebut lah apalagi.. hehe


Pagi Sabtu hari kedua-setelah Subuh, pada pukul lebih kurang hampir ke pukul 7 masing2 dikehendaki membuat senaman ringkas- poco2 yang di ketuai oleh Fazz.. hem.. dari tak pandai terus masing2 tunjuk skill.. cayalah.. sporting semua.. :)
Selepas itu sesi bergambar beramai2..fuh!! punyalah ramai kerabat.. haha


Selepas senaman, masing2 mengisi perut dulu.. nasi lemak telur sebagai menu sarapan..
Selepas masing2 kenyang, bermulalah acara sukaneka yang dimulai dengan sukaneka kanak2..
Arieff pun tak ketinggalan menyertai.. teror gak anak aku ni lari dan rebut.. janji dapat hadiah nanti..hehe

Antara acara yang ada- rebut gula2..cari gula2 dalam tepung..tiup belon dan pecahkan.. ikat kaki tiga.. isi air dalam botol.. meriah!! :)

Selepas acara sukaneka kanak2, kini ibu2 bapak2 plak yang nak main.. tunjuk skill.. hahaha
Antara acara yang disertai- bawa bola pingpong dlm sudu.. semakin jauh semakin sayang.. suami dukung isteri..pass batern.. lumba makan baulu..baling selipar.. ikat kaki tiga..mencari harta karun..dan banyak lagi.. pendek kata memang havoc..masing2 memberikan komitmen yang membanggakan.. ahaks!


Selepas itu pada petangnya,acara di tepi pantai pula sperti lumba berenang.. main galah panjang.. membina istana pasir dan banyak lagi..
Selepas itu ada yang mengambil ksempatan untuk berkayak..termasuklah aku..hehe walaupun tak pandai berenang..life jacket kan ada.. hahaha
Budak2 memang inilah masa yang ditunggu2..mandi laut sampai kepenatan hingga ke petang! Sesekali kasik can.. hehe
Pada malamnya acara barbeQ dan karaoke memenuhi aktivit hingga ke tengah malam..
Kaki2 pancing yang tak melepaskan peluang untuk memancing.. memang naik kerapu jer kat sini.. ada sekor pari lebih kurang 3kg yang dinaikkan oleh otai pancing sape lagi kalau bukan Pak Lah.. (sebab tulah dia menang acara memancing ni..)
Keesokan paginya hari ke-3, selepas sarapan, ada yang mengambil kesempatan dengan bersiar2 menaiki basikal/motor yang boleh disewa disitu.. Arieff bukan main seronok naik motor dengan Tuk Pa dan Nek Ma..tgk monkey ngan chipmunk katanya..hehe
Sempat sesi bergambar dengan atuk dan nenek..
Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang2 yang bersungguh2 main diacara sukaneka.. budak2 memang gembira sakan lah.. alaaa.. mak ngan bapak budak pun sama..hehe
Walaupun hadiah murah2 jer.. tapi kire ok lah kan..janji meriah!!


Antara gambar2 pemenang yang tersenyum megah sebab dapat hadiah. ahaks!!
Selepas makan tengahari masing2 bersiap2 untuk berangkat pulang..
Semoga kita ketemu lagi dilain masa dan dengan ahli2 keluarga baru hendaknya..

Inilah buah gorek yang diambil namanya di Gorek Bay ini..
Tapi tak tahu lah boleh makan ke tak..



Adioss...