Thursday, July 30, 2009

Jawapan

Dinihari yang menggigil
Menggugat malam yang panjang
Tanpa disulami sang mimpi
buat menemani

Hati dan Jiwa bergolak
Kedamaian dicari
Disetiap ceruk
Disetiap sudut
Masih belum ditemui

Jawapan sebuah kehidupan
Keputusan..ketentuan
Harus digali

Namun..
Semakin dalam dijelajah
Semakin hilang arah..parah

Sejadah dihampar
Merendah diri
Sujud yang panjang ditangisi
Dipohon agar
Yang Esa mengasihi diri
Dikurniakan jawapan
Yang dicari..dinanti
Selama ini

Friday, July 17, 2009

12 July..

Eppy bizday to me.. hehe.. yg ke 30..iksh..keluarga dan kengkawan wish semuanya kata aku dah melalui fasa tua..! dan aku membalasnya dengan...biar umur tua.. tapi hati sentiasa muda.. ahaks!

Hem..tapi memang betul agaknya aku sekarang melalai zaman tua.. (errr..lebih baik rasanya jika menggunakan frasa zaman dewasa..hehehe) sebabnya exited nak menyambut bizday dah tak terasa lagi.. mujur orang2 disekeliling dan yang mengingati aku lagi, masih lagi mahu mengucapkan ucapan selamat hari lahir untuk aku.. malah aku sendiri sebenarnya seakan terlupa hari lahir ku sendiri..berbeza dengan bizday aku yang lepas2 sewaktu zaman muda2..hari bizday lah yang merupakan hari yang ditunggu2 kerana istimewa.. masa tulah dapat pelbagai hadiah..heh!

Namun doa semoga Allah mengiringi kebahagiaan dan kerahmatan dalam kehidupan ku bersama orang2 yang kusayangi tetap ku mohon.. Biarlah jika tiada hadiah yang kuterima asalkan hidup ku gembira dan bahagia..

Walaubagaimanapun, aku masih menerima hadiah dari suami aku tersayang.. sebuah h/p yang telah diberikan sebulan lalu..advance! katanya sementara duit tengah banyak.. hehehe..

Namun, seperti tahun2 diawal perkenalan..pertunangan.. hinggalah sekarang, suami aku tetap setia menghadiahkan aku sejambak bunga.. sayang Dy.. :)

Apapun semoga dengan pertambahan umur, segala tindakan dan kelakuan yang aku lakukan diharap sesuai dengan seorang wanita yang matang.. sopan.. elegant..



Sejambak bunga dan sekeping kad dari suami tersayang sudah cukup membuatkan hati aku dibuai sayang dan rindu...


Kek dan kad yang diberikan oleh company aku sempena di bulan kelahiran setiap staff..
Dapat gak makan kek kan... hehe

Tuesday, July 07, 2009

bOWLinG..

Ahad lalu company aku ni telah mengadakan Pertandingan Bowling di kompleks PG. Perlawanan sepatutnya dijadualkan bermula pukul 10.. tapi biasalah kan.. hampir ke pukul 11 baru bermula.. Lelaki bermain dalam team, manakala perempuan individu.. seramai 12 orang perempuan yang menyertainya termasuklah aku.. Walaupun dah lama tak main dan tentulah tak teror kan, tapi atas semangat kesukanan dan bagi memeriahkan suasana masing2 terus bersemangat membuat balingan demi balingan dengan penuh konsentrasi hingga ke balingan terakhir..hehe..

Kemeriahan dapat dirasai pada hari itu, dah macam hari keluarga plak rasanya.. mana taknya dengan masing2 membawa ahli keluarga masing2.. tiba turn baling,siap pass baby kat member sebelah..wakaka.. nasib lah my prince suami aku rela menjaganya.. kalau tak, mau riuh dengan suara dia yang sebuk nak baling gak.. (tak kirelah bola tu berat ke tak) tak pun suara aku yang marah dia.. hahaha


Banner yang bertulis Pertandingan Bowling..bla2..
( sorry agak blur..maklum..nun jauh.. hehe )


' Family day' di pertandingan bowling..


AJK2 yang bekerja keras..


Kasut size 4 aku yang x berapa 'ong' hahaha

gUNtiNG rAmbUt..

Last week Arieff gunting rambut buat kali ke 3 sepanjang hidupnya..hehe rambutnya memang agak nipis dan lambat panjang.. yang bagusnya setiap kali gunting rambut, tak pernah sekali pun dia menangis.. sampai kan setiap tukang gunting yang menggunting rambutnya memuji.. "baiknya budak ni.. tak menangis pun.." atau pun "bagusnya budak ni..tak lah macam nak patah pinggang aku menggayakan rambut budak2 yang melalak.." hehehe.. cayalah anak bujang Mummy ni.. berani..!




Aksi2 semasa rambut digunting..