Tuesday, June 02, 2009

kERjA..

Sabtu lalu adik aku Qhaidar ngan Iqbal datang ke rumah aku..maklum..cuti semesta dan cuti persekolahan telah bermula.. asyik berkepit dengan mama jer..sesekali nak jugak diorang rasa hidup berdikari..hehe.. Aku lebih senang memberi diaorang kebebasan untuk mereka berbuat apa sahaja di sini..asalkan tidak melampau batas laa..

Qhaidar dengan semangat berkobar2 katanya nak cari kerja di sini..sementara menunggu semesta baru.. Aku kata ok lah..biar dia dapat menimba pengalaman mencari duit sendiri!

Dengan ditemani oleh Fazz, dari satu kedai ke satu kedai,akhirnya dapat juga di sebuah kedai kasut katanya di sebuah pasaraya di sini.. Pandai gak adik aku ni kelentong tokei kedai tu.. maklum,kalau berterus terang dia hanya nak bekerja selama lebih kurang dua bulan,manalah ada tokei kedai yang nak amik kerja kan..hehe.. kata orang bohong sunat..ahaks!!

Lalu dengan semangat yang berkobar2,semalam pagi2 dia dah bersiap2..Fuh! kalau hari biasa..kalau tak matahari dah tegak..belum tentu nak bangun..hei…anak dara sekarang..
Oleh sebab tempat kerja berdekatan dengan opis Fazz, so Fazz lah yang jadi tukang hantar dan tukang jemput..hehe..

Iqbal plak menghabiskan masa dirumah dengan menyiapkan kerja rumah..maklum..tahun ni SPM.. katanya nak beat result aku.. yang setakat ini belum dapat di kalahkan oleh mana2 adik2 aku..hehe.. 9agg siuttt..(5A1,tiba2 BM boleh dapat B4 plak!) kategori best student gak la kt sekolah dolu2.. riak sekejap.. heh!

Sebelah malam,kebetulan aku pun ingin membeli barang,lagi pula aku nak tengok bagaimanalah adik aku ni memulakan kerja pada hari pertama.. Hem..pukul 10 lebih baru lah Qhaidar dibenarkan pulang.. lalu dengan muncung panjang..dia terus cakap “kaki akak sakit.. penat! akak tak nak kerja situ lagi..”. Hah! Baru hari pertama kerja dah give up.. hem..itulah budak zaman sekarang.. terlalu manja barangkali.. penyudahnya pagi ni dia demam!

Teringat waktu zaman aku dolu2.. sewaktu seusia dengan Qhaidar dan sewaktu menghabiskan cuti semesta pada tahun 2 (seingat aku laa..) aku bersama adik aku Izzan..dan sepupu aku Wati, kami bersama2 merentas jalan yang panas dengan hanya berjalan kaki,kilang demi kilang aku pergi untuk mencari kerja.. akhirnya berkat kesabaran kami berjaya menjawat jawatan operator di salah sebuah kilang di sini.. kerjanya agak mudah..tapi yang membuatkan aku tidak sanggup ialah… terpaksa bersengkang mata bila tiba night shift!!

Aduhai..rasa nak terjojol biji mata aku ni hah.. menahan ngantuk.. dahlah aku ni dulu memang kuat tido.. lepas balik dari kerja,bayangkan aku siap boleh tertido waktu tengah bersarapan!! Hemi… masa tu baru aku tahu betapa sengsaranya mencari duit.. dan waktu itu juga aku berikrar pada diri aku, aku tidak akan sama sekali bekerja sebagai operator yang ada night shift!! Atau dengan kata lain, aku akan belajar dan menjawat jawatan yang tanpa perlu mengorbankan masa tidur aku.. Syukur, harapan aku di perkenankan Tuhan… Walaupun sempat bekerja selama dua bulan lebih di kilang tersebut,namun pengalaman itulah yang akan aku kenang selagi hayat dikandung badan…

Kepada adik-adikku, semoga setiap pengalaman pahit manis kehidupan dapat memberikan sebuah pengajaran dalam meniti kehidupan di dunia ini..

Buat Papa dan Mama, pengorbanan mu membesarkan aku dengan setiap sen dan ringgit serta keringat yang mengalir akan kusanjungi..semoga Allah merahmati..

No comments:

Post a Comment