Friday, February 12, 2010

aNNuaL diNNer 2010

Sabtu lepas seperti tahun2 sebelumnya,co tempat aku mencari sesuap nasi (cewaahhh..) telah mengadakan annual dinner di hotel thistle,JB. Bertempat di Orchid ballroom (yang deco nya pada aku ok lah) dan setelah para pekerja mengambil tempat masing2.. majlis seperti biasa di dahului dengan ucapan dari president spotclub.. ucapan ringkas dari MD..dan majlis pun dirasmikan dengan penuh dramatik(hahahaha)..





Annual dinner yang bertemakan MaFIA NiTe.. ramai betul bakat2 mafia terpendam malam itu yang baru keluar dari sarang persembunyian.. bersama tatu2 ganas masing2..bak kata MD, harap2 jangan ada orang2 di hotel tu yang report polis... hahahaha

Antara gambar2 menarik yang diambil.. menu malam itu pun ok..bedal jelah..


Suasana diawal majlis..pendaftaran.. ucapan dari MD..perasmian.. chick dance yang seangakatan dengan wake up dance.. barisan AJK spot club yang bertanggungjwab menjayakan majlis.. Arigatogozaimas..



Antara acara-acara yang menghangatkan majlis.. nyanyian.. permainan..tarian gelek Arab pun ada.. MJ M'sia pun ada..(hehehe) penyampaian hadiah2 bagi beberapa anugerah..sukan..lucky draw..(aku salah sorang dari yg lucky..) joget lambak pun ada..
fuh! cayalah.. mafia pun pandai joget lambak siutt...


Acara wajib-bergambar laa..bila lagi masing2 nak perasan cun dan macho..



Tak sangka plak aku dinobatkan sebagai best woman dress.. agaknya sebab bertatu kut..
fuh! perasan lady mafia jap...hahahaha




Apa pun majlis yang diadakan memuaskan dan menghiburkan..
semoga berjumpa kembali di tahun hadapan..
Gud Nite Mafia..



Wednesday, February 03, 2010

03 FeBRuARy 2010

Saat jemari
Menyentuh lembut
Bersatu diwajahmu
Hati berdebar..jiwa bergetar
Hembusan nafas yang bersatu
Menderu di bawa bayu
Lena di situ
Bila rinduku dan rindumu
Menguntum terkesan dijiwa
Ayat-ayat cinta disusun indah
Penuh makna
Sayangku..
Kau segala buatku
Hingga takdir ke hujung nyawa
Kan ku bawa kasih kita
Hingga syurga Firdausi..
***********************************
Buat suamiku..
Terima kasih kerana menyayangi isterimu ini setulus hati. Semoga ulang tahun perkahwinan kita yang ke empat ini memberi nur kasih selamanya..

Wednesday, January 27, 2010

sAlaM kEriNDuaN..

Ku ke sini mencari mu
Sambutlah salam ku
Salam penuh kerinduan
Berbisikan antara angin
Lembut menyapa
Antara hayal dan nyata
Harum tubuhmu
Menggetar kalbu
Menggoda rindu
Memandang ke langit biru
Mencari hadirnya wajahmu
Buat tatapan
Seluruh ragaku
..........


Friday, January 15, 2010

kOLaM bArU..

Last week, semasa aku masih lena diulit intan.. Mde call-Along, Mde ngan Mja nak bawak budak-budak gi mandi kat kolam renang Nusa Mutiara.. nak join tak.. hem.. dalam kelat dan pisat aku kata tengok lah dulu.. rupanya perbualan yang tidak sampai pun seminit itu didengari oleh si hero yang baru pisat tido jugak.. terus berkata.. Mummy..abang nak mandi kolam.. dan terus mengaruk-ngaruk seperti biasa.. aduhaiii... jadi nak tak nak terpaksalah aku kata okey..

Tengaharinya setelah puas mencari..biasalah kalau nak cari sesuatu barang, time nak carik memang susah nak jumpa..kalau tak nak barang tu ada jer nampak dimana-mana.. Last sekali jumpa jugak kat Econsave.. terbang gak lah RM40.00..sabar jelah... tak per, tolak duit yang Tuk Pa bagi..hahahaha....

Sampai saja di rumah baru yang sedang dalam ubahsuai..terus tak sabar-sabar berendam dalam kolam barunya tu.. siap pakai seluar renang.. google (Mummy beli dulu tapi tak pernah pakai pun..dlm dashboard kete yang ntah camana Daddy boleh teringat lagi).. so pelagi.. sakanlah dia mandi manda..bertemankan atuk dengan PNgah nya yang tengah sebuk buat tembok garaj..
Dah puas mandi baru lah minum susu dan akhirnya tido kepenatan....





Aksi-aksi dalam kolam baru..

La'Tahzan..


Kulihat orang-orang yang sengsara

Tidak pernah bosan dengan dunia

Sekalipun mereka didalamnya

Hidup dengan penuh telanjang

Dan kelaparan

Kulihat dunia ini

Sekalipun mengenyangkan

Tidak ubah seperti

Awan dimusim panas

Dalam waktu sekejap

Ia pergi tanpa kesan..



La' Tahzan..

Tuesday, January 05, 2010

25 Dec 2009- My hero biz..

Hem.. pejam celik pejam celik sedar-sedar kita telah memasuki tahun baru 2010.. Pelbagai kisah suka duka pahit manis kehidupan sepanjang 2009 akan selamanya abadi dalam kenangan hidup kita.. yang baik jadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.. Apa pun, perjalanan kehidupan masih jauh dan perlu diteruskan walau bertatih.. Semoga Allah merahmati kita semua hendaknya..

n3 kali ini mencatatkan kisah 25 December 2009 sempena birthday anak aku, yang ke-3.. Aku meraikannya di Quantan sambil jalan2 makan angin dan makan-makan..hehe.. tak sangka anak aku dah 3 tahun.. iksh! iksh! sungguh pantas masa beredar.. semakin petah dan bijak dalam berkata-kata dan pandai auta jugak.. hahaha..

Hai anakku Arieff.. mummy doakan setiap langkahmu dilimpahi dengan kaseh sayang dan rahmat dari Nya..




Teruja membuka hadiah-hadiah yang diterima daripada Tuk Pa,Nek Ma,Mak Ngah..Mak Lang. Mummy n Daddy dah bagi awal hadiahnya.. kereta control..


Sempat beraksi bersama Santa clause dan rusa-rusanya di Q'tan Parade..maklum..bizday dia kan jatuh pada hari Krismas.. Satu dunia cuti woOOoo...
Sempat ke Petrosains dinasor di wisma Pahang (rasanya lah..kalau salah, soweeiii..) Bukan main tekun Arieff melihat dinasor live depan mata.. memang agak canggih lah melihatkan dinasor-dinasor disana bergerak2..terutama dinasor jahat tu-T-Rex..wahhhh.. aku tengok pun serammmm..





Selepas puas melihat dinasor, kami semua pergi ke Taman Teruntum.. hem.. seronok Arieff tengok binatang2 dalam mini zoo.. sempat jugak naik kuda.. berani betul anak aku ni.. nampak sangat dah besar.. :) Zikry still takut.. kecik lagi...


Esoknya kami merancang untuk pergi ke Wet World di Gambang.. bukan main semangat Mak Lang menyediakan makanan..pagi-pagi lagi dah bangun.. tapi malang seribu kali malang.. tempat yang diidamkan dipenuhi dengan ribuan manusia yang berpusu-pusu dengan deretan kereta yang memenuhi sepanjang perjalanan.. nak amik tiket masuk pun kena beratur panjang..mau rasanya dekat sejam lebih kut baru dapat masuk.. setelah dipikir-pikirkan dengan akal yang logik dengan mengenepikan perasaan kecewa,maka kami terpaksa membatalkan impian kami untuk bermandi manda di situ memandangkan jika terlalu ramai yang mandi mungkin lebih banyak kotoran atau kuman yang mungkin akan dijangkiti.. kesian anak aku yang jugak bersemangat dengan pelampung barunya untuk mandi manda.. tak pelah anakku, lain kali jika berkesempatan,kita akan pergi lagi...




Untuk mengubati kekecewaan masing-masing, maka plan mandi manda terpaksa di tukar ke Pantai Balok.. jadiklah lepaskan gian... sempat juga Arieff memotong kek harijadinya(sepatutnya semalam.. tapi postpone ke hari ini..)..






Zikry yang sedey bila kami semua nak berangkat pulang... Tima kasih yer Zikry jadi tuan rumah..ada kesempatan Mak Long datang lagi..


Apa pun harapan aku di tahun 2010 baru ini hendak mencapai lebih baik dari tahun lepas.. Selamat tinggal 2009....