Tuesday, January 05, 2010

25 Dec 2009- My hero biz..

Hem.. pejam celik pejam celik sedar-sedar kita telah memasuki tahun baru 2010.. Pelbagai kisah suka duka pahit manis kehidupan sepanjang 2009 akan selamanya abadi dalam kenangan hidup kita.. yang baik jadikan tauladan.. yang buruk jadikan sempadan.. Apa pun, perjalanan kehidupan masih jauh dan perlu diteruskan walau bertatih.. Semoga Allah merahmati kita semua hendaknya..

n3 kali ini mencatatkan kisah 25 December 2009 sempena birthday anak aku, yang ke-3.. Aku meraikannya di Quantan sambil jalan2 makan angin dan makan-makan..hehe.. tak sangka anak aku dah 3 tahun.. iksh! iksh! sungguh pantas masa beredar.. semakin petah dan bijak dalam berkata-kata dan pandai auta jugak.. hahaha..

Hai anakku Arieff.. mummy doakan setiap langkahmu dilimpahi dengan kaseh sayang dan rahmat dari Nya..




Teruja membuka hadiah-hadiah yang diterima daripada Tuk Pa,Nek Ma,Mak Ngah..Mak Lang. Mummy n Daddy dah bagi awal hadiahnya.. kereta control..


Sempat beraksi bersama Santa clause dan rusa-rusanya di Q'tan Parade..maklum..bizday dia kan jatuh pada hari Krismas.. Satu dunia cuti woOOoo...
Sempat ke Petrosains dinasor di wisma Pahang (rasanya lah..kalau salah, soweeiii..) Bukan main tekun Arieff melihat dinasor live depan mata.. memang agak canggih lah melihatkan dinasor-dinasor disana bergerak2..terutama dinasor jahat tu-T-Rex..wahhhh.. aku tengok pun serammmm..





Selepas puas melihat dinasor, kami semua pergi ke Taman Teruntum.. hem.. seronok Arieff tengok binatang2 dalam mini zoo.. sempat jugak naik kuda.. berani betul anak aku ni.. nampak sangat dah besar.. :) Zikry still takut.. kecik lagi...


Esoknya kami merancang untuk pergi ke Wet World di Gambang.. bukan main semangat Mak Lang menyediakan makanan..pagi-pagi lagi dah bangun.. tapi malang seribu kali malang.. tempat yang diidamkan dipenuhi dengan ribuan manusia yang berpusu-pusu dengan deretan kereta yang memenuhi sepanjang perjalanan.. nak amik tiket masuk pun kena beratur panjang..mau rasanya dekat sejam lebih kut baru dapat masuk.. setelah dipikir-pikirkan dengan akal yang logik dengan mengenepikan perasaan kecewa,maka kami terpaksa membatalkan impian kami untuk bermandi manda di situ memandangkan jika terlalu ramai yang mandi mungkin lebih banyak kotoran atau kuman yang mungkin akan dijangkiti.. kesian anak aku yang jugak bersemangat dengan pelampung barunya untuk mandi manda.. tak pelah anakku, lain kali jika berkesempatan,kita akan pergi lagi...




Untuk mengubati kekecewaan masing-masing, maka plan mandi manda terpaksa di tukar ke Pantai Balok.. jadiklah lepaskan gian... sempat juga Arieff memotong kek harijadinya(sepatutnya semalam.. tapi postpone ke hari ini..)..






Zikry yang sedey bila kami semua nak berangkat pulang... Tima kasih yer Zikry jadi tuan rumah..ada kesempatan Mak Long datang lagi..


Apa pun harapan aku di tahun 2010 baru ini hendak mencapai lebih baik dari tahun lepas.. Selamat tinggal 2009....




2 comments:

  1. hepi besday arieff.. semoga jadi anak yg baik amin...
    seronok sakan jln2

    ReplyDelete