Monday, August 24, 2009

rAMadHaN dATanG LaGi..


Hari ni masuk hari ke-3 Ramadhan untuk tahun ini.. tak sangka yer.. tahun ini merupakan tahun ke 23thn aku berpuasa..kerana aku mula berpuasa pada umur ku 7thn.. masih terimbau diingatan pada ketika itu, hari pertama puasa aku yang sememangnya kecik dari segi size terpaksa menahan lapar dan dahaga sehingga ke petang walaupun dan melepek seharian.. namun hati masih cekal meneruskan puasa hingga berbuka walaupun ketika itu ibu saudara sebelah papa,mak Itam dan Busu aku memujuk aku untuk berbuka..mungkin terasa belas dihati melihat anak kecil yang keletihan namun masih cekal ketika itu.. dan itulah permulaan aku berpuasa sehingga penuh 30 hari berpuasa.. sehingalah ketahun2 seterusnya..


Hem..bila aku terpandangkan wajah anak ku, terdetik dihati.. bagaimana agaknya perangai anak aku jika disuruh berpuasa.. mudah2an Tuhan permudahkan.. semoga anak ku menjadi anak yang soleh..


Dibulan mulia ini tiada apa yang aku pohon pada Yang Esa selain mengurniakan seribu keberkatan dalam kehidupanku dan keluarga aku..


Hem.. diwaktu puasa ini, menu untuk berbuka sering berlegar diminda terutama diwaktu petang..Semalam aku bersama Fazz memasak nasi lemak ayam rempah..dan tauhu sumbat.. sodappp.. Man tunang si Fazz kata boleh buat jual ni...hehe.. tak lupa aku beri kepada jiran aku, Kak Dila.. bak kata orang, sama2 merasai nikmat rezeki pemberian Tuhan...

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan memperoleh pahala yang berlipat ganda hendaknya... Amin

No comments:

Post a Comment