Wednesday, August 19, 2009

dEmAm..


Lama aku tak posting.. bukan apa.. hari2 yang dilalui terasa pantas masa berlari..meninggalkan kenangan..memori..pahit manis sebuah kehidupan..


Minggu lalu aku pulang ke rumah mama.. elok sampai rumah jer terus tertido kejap..bangun dari tido jer terus badan rasa lain macam..alamak!! macam nak demam jer.. dan sampai ke petang, papa ajak bersiar2 sebentar di Pantai Hiburan.. melayankan keletah Arieff yang sebuk menutup lubang2 umang2 dipantai.. selepas balik ke rumah terus badan aku memang tak bermaya langsung.. pelagi..telan ubat demam.. penyudahnya malam itu aku melayan mata dan kepala yang dah ting tong.. dan jawapan yang paling ringkas ialah..tido!


Demam yang dirasai menyebabkan aku terpaksa mengambil MC 2 hari.. dan perkara yang aku bimbangkan terjadi jua- Arieff pun demam..alahai... kesian aku melihatnya terlantar saja..nasib juga Mak Dak merangkap baby sitter aku tak demam.. (actually seluruh keluarganya dah demam minggu sebelumnya.. jadi aku rasa aku dapat virus demam ni dari rumah dialah kutt...) so dapatlah dia menjaga Arieff..


Aku melalui minggu lalu dengan rasa yang agak 'menderita'..mana taknya kepala still pening2.. batuk2..selsema.. tapi aku kuatkan hati untuk pergi kerja jugak sebab kalau aku melepek di rumah lagi lambat aku sehat.. (itu teori aku sendiri terhadap badan aku sendiri..hehehe)
Tapi anak aku still belum sembuh walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik swasta..


Di musim virus selema babi dan sebagainya yang melanda sekarang ni, dan kesihatan anak aku yang tidak menunjukkan kesihatan yang semakin baik, aku dan suami mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Wakaf di Pasir Gudang.. Walaupun mengambil masa yang lama..dan sempat mengambil blood test..kerana suhu badannya agak tinggi -40 oC, Dr. mengesahakan anak aku bebas dari penyakit2 yang tidak diingini.. Selepas memberi ubat kepada Arieff Alhamdulillah.. dengan izin Allah anak ku terus sembuh keesokan harinya.. barulah action2 hero..Oltromen keluar semula..lega!


Hem.. terkadang terpikir2 diminda, apakah bala yang Allah berikan..uji kan kepada hambaNya dimuka dunia ini.. masih belum berjumpa dengan jawapan yang dicari.. namun hati tekad percaya bahawa ada hikmah disebalik bala yang Allah ujikan untuk kita semua..sama2lah kita berdoa agar kehidupan kita sehat sejahtera dunia dan akhirat..

Arieff yang melepek kelesuan.. alahai..kesiannya anak Mummy ni...

No comments:

Post a Comment