Friday, March 06, 2009

gAWaT..

Hem.. Rabu lalu aku aku terlibat dengan satu meeting dengan agenda utama-cost cutting.. keadaan ekonomi dunia yang merundum ini telah menyebabkan kedudukan boleh dikatakan setiap company di Malaysia juga agak goyah..termasuklah company di mana aku bekerja sekarang ini.. setiap bulan hanya kerugian sahaja dilaporkan..

Kalau difikirkan memang tidak tidur lena dibuatnya.. yelah..bayangkan kalau kilang ini ditutup kerana ketidakupayaan kewangan atau sebagainya..ataupun membuat pilihan untuk membuang pekerja..aduh..!! tak sanggup aku nak menghadapinya..

Ramai juga kawan2 ku yang lain yang telah dibuang kerja kerana kelembapan ekonomi ini..rata2 mereka menyuarakan rasa ‘derita’ akibat dibuang kerja.. Di zaman dimana duit adalah segalanya(boleh dikatakan begitu) kehilangan pekerjaan boleh menyebabkan sesetengah orang yang akan membuat tindakan yang drastik.. Di sinilah angka jenayah yang dilaporkan semakin membimbangkan..

Aku merasakan tanggungjawab untuk mengurangkan kos sangat2 dialu2kan bagi setiap pekerja.. kerana faktor2 lain seperti pasaran..pelanggan.. dan sebagainya tidak mampu kita mengawalnya..

Bukan sahaja di tenpat kerja, di rumah juga kos2 seperti bil air..elektrik perlu dikurangkan.. kalau dulu balik rumah terus on kan semua lampu.. tapi sekarang cukuplah dengan hanya satu atau dua lampu sahaja..terutama bagi rumahku..orang kata macam rumah merpati.. argh.. tak kesahlah..janji ada juga tempat untuk berlindung.. kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi orang yang tidak bernasib baik yang tidak ada langsung tempat berlindung dari panas dan hujan..

Hem.. harapanku semoga krisis ekonomi yang melanda dunia akan berakhir... semoga company aku mencari rezeki akan terus bertahan..dan semoga rakan2 ku yang kehilangan pekerjaan akan mendapat semula pekerjaan masing2.. Amin

No comments:

Post a Comment