Tuesday, March 30, 2010

kOtA gELaNGi..

Seminggu selepas majlis perkahwinan di rumah aku, giliran pihak lelaki pula membuat majlisnya di Felda Kota Gelangi, Jerantut.. Dari Kuantan ke sana tidak mengambil masa yang lama,lebih kurang dua jam perjalanan.. Kami sampai ke sana ngam2 masa untuk berarak.. hehe..


Tapi sayangnya sebab anak aku buat perangai dan tak berapa sehat.. tak sempat aku rakamkan gambar2 di sana.. sorang lagi photographer-adik ipar aku Zam belum sempat lagi aku nak mintak ehsan dari dia..lain kali aku share kan gambar2nya..


Selepas makan damai bersama pengantin, kami sempat singgah ke Taman Warisan Kota Gelangi. Dimana di situ terdapat pelbagai jenis gua,kalau tak salah aku ada tujuh kesemuanya.. tapi disebabkan faktor masa dan hujan..kami hanya sempat melawat beberapa gua sahaja..ok lah dari tak de langsung kan..








Beberapa gambar yang sempat aku snap di gua2 tersebut.. Gua yang last yang sempat kami pergi, punyalah tinggi dan mencuram tangganya..nasib sport shoes aku memang ada dalam kete..berpeluh gak lah naik tangga tu.. dengan Berbaju kurung naik ke atas..cayalah..hehe


Antara yang unik digua ini, terdapat batu besar berupa dua ekor gajah ibu dan anak yang dipercayai disumpah menjadi batu.. dan beberapa bentuk2 lain yang ada di situ..




Ok..selamat tinggal gua.. kalau berkesempatan berjumpa lagi.. :))



No comments:

Post a Comment