Monday, March 29, 2010

fAzZ wEdDiNG..

Kepak2..kebung2..kepak2...kebung2... bunyi kompang yang menandakan adik aku -Fazz dengan izin-Nya telah selamat mendirikan mahligai perkahwinan dengan pasangan nya- Man pada
12 March 2010
Semoga rasa kasih kalian hingga ke Syurga..



Majlis pernikahan yang diadakan selepas Asar di rumah. Berwalikan Papa, dengan tiga kali lafaz terbinalah sebuah masjid suci..
Senyuman manis menghiasi raut wajah pengantin perempuan..



  • Mini Pelamin yang direka khas oleh-sapa lagi kalau tak aku-kakak pengantin dan direalisasikan oleh mak pengantin- teror tu... hehe
  • Pelamin yang di impikan oleh pengantin tersergam indah..
  • Kek idaman pengantin..
  • Bilik pengantin yang di ilham kan oleh pengantin sendiri tapi seperti biasalah, mak pengantin yang menjadi tukang jahit profesional..
  • Burung serindit hijau yang ditempah khas pengantin dari anak aku.. maklum.. Birdy-burung kesayangan Arieff tu..



Biru menjadi warna yang dipilih pengantin di Malam berinai..
Acara tepung tawar oleh orang2 kuat dan orang2 tua..atuk..nenek..sedara mara yang lain..



Warna tema pilihan- PURPLE untuk majlis persandingan..


Antara gambar2 yang sempat dirakam..walaupun aku terlalu sebuk (selaku orang kuat sampai nak tergeliat pinggang rasanya.. tapak kaki rasa cam tak boleh pijak siut... fuh!! punyalah penat..! tapi demi adik - ok jer lah..)
  • Acara bukak hadiah pada malamnya..
  • Arieff dan Zikry posing
  • Potong kek selepas sanding
  • Acara khatam Quran pada pagi sebelum sanding..putih suci..
  • Lain2- orang2 kuat didapur-nenek dan sedara mara yang lain..
  • Orang2 rewang..
  • Tuan rumah yang sedang mendendangkan lagu karaoke..katanya khas utk isteri yang telah menemaninya dalam suka dan duka selama ini.. hem..not bad gak suara..bakat terpendam rupanya.. cayalah..! :)

Antara pose2 pengantin yang sempat aku ambil dalam sebuk2 keje..





Adikku..
Dalam melayari bahtera perkahwinan
Andai madu kau hiruplah sepuasnya
Namun jika pahit terasa
Bersabarlah..kerana terkadang
Yang pahit itu ada manisnya
Semoga ikatan suci kalian dirahmati Allah
Dikurniakan zuriat yang soleh..solehah


No comments:

Post a Comment