Tuesday, March 30, 2010
aBaDi..
kOtA gELaNGi..
Seminggu selepas majlis perkahwinan di rumah aku, giliran pihak lelaki pula membuat majlisnya di Felda Kota Gelangi, Jerantut.. Dari Kuantan ke sana tidak mengambil masa yang lama,lebih kurang dua jam perjalanan.. Kami sampai ke sana ngam2 masa untuk berarak.. hehe..
Tapi sayangnya sebab anak aku buat perangai dan tak berapa sehat.. tak sempat aku rakamkan gambar2 di sana.. sorang lagi photographer-adik ipar aku Zam belum sempat lagi aku nak mintak ehsan dari dia..lain kali aku share kan gambar2nya..
Selepas makan damai bersama pengantin, kami sempat singgah ke Taman Warisan Kota Gelangi. Dimana di situ terdapat pelbagai jenis gua,kalau tak salah aku ada tujuh kesemuanya.. tapi disebabkan faktor masa dan hujan..kami hanya sempat melawat beberapa gua sahaja..ok lah dari tak de langsung kan..
Antara yang unik digua ini, terdapat batu besar berupa dua ekor gajah ibu dan anak yang dipercayai disumpah menjadi batu.. dan beberapa bentuk2 lain yang ada di situ..
Ok..selamat tinggal gua.. kalau berkesempatan berjumpa lagi.. :))
Monday, March 29, 2010
fAzZ wEdDiNG..
- Mini Pelamin yang direka khas oleh-sapa lagi kalau tak aku-kakak pengantin dan direalisasikan oleh mak pengantin- teror tu... hehe
- Pelamin yang di impikan oleh pengantin tersergam indah..
- Kek idaman pengantin..
- Bilik pengantin yang di ilham kan oleh pengantin sendiri tapi seperti biasalah, mak pengantin yang menjadi tukang jahit profesional..
- Burung serindit hijau yang ditempah khas pengantin dari anak aku.. maklum.. Birdy-burung kesayangan Arieff tu..
Warna tema pilihan- PURPLE untuk majlis persandingan..
Antara gambar2 yang sempat dirakam..walaupun aku terlalu sebuk (selaku orang kuat sampai nak tergeliat pinggang rasanya.. tapak kaki rasa cam tak boleh pijak siut... fuh!! punyalah penat..! tapi demi adik - ok jer lah..)
- Acara bukak hadiah pada malamnya..
- Arieff dan Zikry posing
- Potong kek selepas sanding
- Acara khatam Quran pada pagi sebelum sanding..putih suci..
- Lain2- orang2 kuat didapur-nenek dan sedara mara yang lain..
- Orang2 rewang..
- Tuan rumah yang sedang mendendangkan lagu karaoke..katanya khas utk isteri yang telah menemaninya dalam suka dan duka selama ini.. hem..not bad gak suara..bakat terpendam rupanya.. cayalah..! :)
Adikku..
Dalam melayari bahtera perkahwinan
Andai madu kau hiruplah sepuasnya
Namun jika pahit terasa
Bersabarlah..kerana terkadang
Yang pahit itu ada manisnya
Semoga ikatan suci kalian dirahmati Allah
Dikurniakan zuriat yang soleh..solehah
Monday, March 08, 2010
rEmUk...
Meninggalkan aku
Bersama deraian airmata
Remuknya hati ku
Hanya Tuhan yang tahu
Usah dipaksa apa yang tidak rela
Pergilah kemana saja
Andai itu lebih membahagiakan dirimu..
Aku sedar siapalah diri ini
Untuk merayu padamu
Mungkin kasehku
Sebesar zarah dihatimu
Kan ku kutip serpihan hati
Yang terluka
Disudut hati ini..
Wednesday, March 03, 2010
aNAk kECiL mAIn aPI..
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup lah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara