Wednesday, February 24, 2010

cuTi CNY..

Melaka.. digelar bandaraya bersejarah.. sejarah apa..? sila ingat-ingatkan kembali apa yg cikgu sejarah ajar..hehe

Melaka tempat aku dilahirkan.. (lahir jer..dibesarkan ditempat lain..) di sini kg sebelah papa.. kalau balik kg sini jer automatik papa akan tukar loghat dan nama pun akan bertukar dengan panggilan manja.. kebetulan masa Chinese New Year hari tu sepupu aku yang kat kg- Ain bertunang.. jadi kami semua berkumpul di sana untuk menjayakan majlis pertunangan tersebut..


Sempat ke Melaka Planetarium-boleh tahan la..kalau budak2 sekolah rasanya memang berbaloi lah information yang disediakan.. bnyk berkaitan pasal planet..dah namanya pun planeterium kan.. Sebenarnya tidak dibenarkan mengambil gambar.. tapi sebab dah spesis degil.. apa yang tak bagi, itulah yang nak dibuatnya..hehe Sempat jugaklah snap gambar2 tapi agak gelap skit lah-maklum..curi2 lah katakan... :)



Ini plak suasana sebelum dan semasa majlis pertunangan. Lauk pauk kebanyakannya dimasak oleh sedara mara dengan diketuai Nenek aku la.. Arieff yang seperti biasa sebuk gak nak suruh amik gambar dia.. sireh junjung yg digubah sendiri oleh sedara mara.. maklum..bakat2 terpendam.. yang lain banyak jd tukang sebuk ngan tukang tengok jer... yang paling kelakar Mak 'pengantin' yang mula2 tak bagi aku snap photo dia tapi dalam masa yang sama sempat posing before masuk bilik air mandi.. hahaha..



*Antara barang hantaran dari pihak perempuan..

*Sepupu aku Ain yang tengah control ayu dan berdebar2..

*Busu yang mcm biasa-control cun jugak..hehe

*Pemberian seperti beras dan gula dalam Mangkuk tingkat (kalau tak salah aku namanya 'sia') yang masih di amalkan oleh orang2 yang seusia dengan nenek aku..




Antara gambar2 yang sempat diambil semasa rombongan dari pihak lelaki tiba..
dan syarat2 pertunangan di persetujui bersama..

Lambakkan kereta yang memenuhi halaman rumah..punyalah ramai..fuh!! Apa pun Majlis pertunangan berjalan lancar..
Semoga sepupu aku tu berjaya menempuhi alam pertunangan dengan jayanya..hingga kejinjang pelamin -Amin


Malamnya aku yang sudah lama rasanya tak berendam dalam kolam air panas semulajadi di kg sebelah kg aku ni.. so pelagi..aku pun paksa lah adik2 aku mandi sama.. tapi punyalah ramai orang..biasalah.. musim cuti.. tapi bolehlah selit2 nk rendam2 kaki.. jirus air kt badan jelah

2 comments:

  1. kg sebelah kg ko tu, kat mana, weii? jasin ke? aku selalu gak balik kg kat melaka tu, kg hubby, tp sampai la nie, aku tak sempat2 nak gi melancong... walaupun dkt jerk kolam air panas tu...

    ReplyDelete
  2. Kg.Gadek - Melaka tp sempadan Tampin

    ReplyDelete