Oleh sebab hari ini masih di dalam bulan Syawal,walaupun di saat akhir.. namun masih tak terlambat rasanya aku menempelkan sedikit kenangan di pagi hari raya..
Tahun ini aku menyambut Syawal dengan bertemakan purple.. di Segamat.. pagi di kampung sebelah mama.. petang di rumah mertua.. dekat jer.. raya kedua di Melaka..kebetulan Roza sepupuku membuat majlis kesyukuran dan potong jambul sempena kelahiran anaknya yang pertama.. kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara amat di rasai..sementelah keluarga sebelah papa mau pun mama memang ramai.. yang paling dirasai dimasa memberikan duit raya kepada kanak2..fuh!! dah macam kelkatu..hahahahha... agaknya macam tulah aku waktu kecil dahulu.. Tapi inilah peluang collect duit raya bagi kanak2 ini.. kaya sekejap.. :)
Pendek kata Syawal ini seribu kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi kiranya Dia memberikan aku peluang merasai kemanisan beraya.. Semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.. Amin


Bertiga.. hem..bila nak berempat yer.. hehe

Tengah syok main bunga api..





Arieff N Zikry
No comments:
Post a Comment