Monday, October 26, 2009

jERAm di HutaN neGERi..

Dua minggu lalu sempena perayaan Deepavali, aku mengambil peluang untuk pulang ke Slendang.. bersama Fazz dan Man serta anak aku kami sampai pada Jumaat malam..

Esoknya, setelah dicadangkan oleh Fazz kami pergi ke jeram di Taman Negeri Pahang.. hem.. rasanya hampir tiga tahun aku tidak ke sana.. Tidak banyak perubahan yang berlaku.. mungkin kerana mahu kesucian hutan dan air terjunnya yang semulajadi dipelihara tanpa sebarang noda2 hitam oleh tangan2 yang rakus.. hehehe.. cuma yang ada kalau dulu masuk ke sini free, tapi sekarang telah dikenakan bayaran sebanyak RM5 seorang..fuh!! boleh dikatakan agak mahal bagi sebuah taman hutan lipur yang tidak mempunyai banyak kemudahan..

Sesampai kami di sana, air jeram yang mengalir jernih bagai menggamit kedatangan kami.. pelagi.. terus..ceburrrrr... tapi aku selaku pemerhati bebas sahaja sementelah di situ hanya kami sahaja yang bermandi manda..

Sejam berada di dalam air sehinggakan Arieff kegigilan menahan kesejukan menyebabkan keputusan diambil untuk pulang...




Dipintu masuk..



Lihatlah keriangan bermain air..hai anak ku..





Jeram yang mengalir jernih..


Arieff yang sudah tak sabar...


2 comments: