Ahad lalu demi memenuhi janji yang dilafazkan oleh suami aku terhadap anak nya untuk pergi memancing, kami telah menghabiskan sedikit masa di hujung minggu di pantai TNB.. hehe.. macam jauh.. :)
Aku selaku pemerhati hanya menghabiskan masa dengan bersantai sambil menikmati suara alam.. Sehingga ke tengahari kami terpaksa pulang awal tanpa sebarang tangkapan kerana awan di langit yang semakin pekat berserta suara si guruh yang seakan menyuruh kami pulang segera sebelum kami di basahi dengan hujan yang menggila..
Thursday, October 29, 2009
Monday, October 26, 2009
jERAm di HutaN neGERi..
Dua minggu lalu sempena perayaan Deepavali, aku mengambil peluang untuk pulang ke Slendang.. bersama Fazz dan Man serta anak aku kami sampai pada Jumaat malam..
Esoknya, setelah dicadangkan oleh Fazz kami pergi ke jeram di Taman Negeri Pahang.. hem.. rasanya hampir tiga tahun aku tidak ke sana.. Tidak banyak perubahan yang berlaku.. mungkin kerana mahu kesucian hutan dan air terjunnya yang semulajadi dipelihara tanpa sebarang noda2 hitam oleh tangan2 yang rakus.. hehehe.. cuma yang ada kalau dulu masuk ke sini free, tapi sekarang telah dikenakan bayaran sebanyak RM5 seorang..fuh!! boleh dikatakan agak mahal bagi sebuah taman hutan lipur yang tidak mempunyai banyak kemudahan..
Sesampai kami di sana, air jeram yang mengalir jernih bagai menggamit kedatangan kami.. pelagi.. terus..ceburrrrr... tapi aku selaku pemerhati bebas sahaja sementelah di situ hanya kami sahaja yang bermandi manda..
Sejam berada di dalam air sehinggakan Arieff kegigilan menahan kesejukan menyebabkan keputusan diambil untuk pulang...

Friday, October 16, 2009
rAYa..
Hem.. dah agak bersawang blog aku ni tak sempat di update.. di hambat kesebukan kerja yang tak terkejar dek kepantasan masa yang memecut meninggalkan..
Oleh sebab hari ini masih di dalam bulan Syawal,walaupun di saat akhir.. namun masih tak terlambat rasanya aku menempelkan sedikit kenangan di pagi hari raya..
Tahun ini aku menyambut Syawal dengan bertemakan purple.. di Segamat.. pagi di kampung sebelah mama.. petang di rumah mertua.. dekat jer.. raya kedua di Melaka..kebetulan Roza sepupuku membuat majlis kesyukuran dan potong jambul sempena kelahiran anaknya yang pertama.. kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara amat di rasai..sementelah keluarga sebelah papa mau pun mama memang ramai.. yang paling dirasai dimasa memberikan duit raya kepada kanak2..fuh!! dah macam kelkatu..hahahahha... agaknya macam tulah aku waktu kecil dahulu.. Tapi inilah peluang collect duit raya bagi kanak2 ini.. kaya sekejap.. :)
Pendek kata Syawal ini seribu kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi kiranya Dia memberikan aku peluang merasai kemanisan beraya.. Semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.. Amin

Sesi bersalaman di pagi Raya
Gaya Seorang Panglima..
Sesi bergambar
Bersama atuk nenek moyang Arieff
Bujang2 keluarga Che Nah..
Suasana di dapur sewaktu majlis kesyukuran
Bertiga.. hem..bila nak berempat yer.. hehe
Gaya Seorang Panglima..
Tengah syok main bunga api..
Sesi bergambar
Bersama atuk nenek moyang Arieff
Bujang2 keluarga Che Nah..
Suasana di dapur sewaktu majlis kesyukuran
Arieff N Zikry
Subscribe to:
Posts (Atom)