Tuesday, February 24, 2009

pEstA LaYAnG2..



Sabtu lalu aku sewaktu aku bersenang2 di rumah, satu sms dari Mak De(panggilan unik untuk salah seorang ibu saudaraku)- Along kul 830pm jom gi Bukit Layang2.. so aku reply- ok.
Hem.. Pesta Layang2 saban tahun memang aku nantikan..(tahun ini kalau tak salah adalah tahun ke 5 bagi aku..) aku sungguh tertarik pada ‘keindahan’ ratusan layang2 yang menghiasi dada langit.. Terasa diri seakan bebas,sebebas layang2 yang melayang di udara.. kalaulah aku seorang pelukis, akan aku abadikan suasana dan seni abstrak yang sungguh mengasyikkan pada ku..
Sebenarnya aku telah pergi ke Bukit Layang2 pada hari Rabu dan Jumaat yang lalu bersama suami serta hero kecil ku.. (Pesta Layang2 ini diadakan selama seminggu bermula 17hb-22hb) Pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah layang2.. cenderahati.. pakaian..makanan..dan pelbagai lagi.. tapi menurut ku, pesta kali ini tidak semeriah tahun2 yang sudah..mungkin kerana keadaan ekonomi yang agak tidak mengizinkan..Bersama2lah kita mengharungi kegawatan ini..semoga ia akan berakhir secepatnya..Hem.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini… Tetapi aku sempat membelikan layang2 dan beberapa mainan untuk anakku.. Siapalah yang tidak kasihkan anak kan.. Walau susah macamanapun..anak tetap menjadi agenda no.1..
Tepat pukul 8 aku telah berada di bukit layang2 seperti yang dijanjikan..hem..ramainya orang dengan masing2 sungguh asyik dengan layang2 masing2.. terutama kanak2..memang inilah masa yang ditunggu2.. oleh kerana Mak De ku belum sampai, jadi aku pusing2 sambil mencuci mata..hehe..Tidak lama,Mak De menelefonku.. hem..rupanya2 ramai saudara mara ku yang lain telah berkumpul di sana.. Mak Ngah..Mak Lang.. Mak Ja..sepupuku Zura..Wati..dengan masing2 membawa keluarga masing2.. hem..macam family gathering plak..sempat picnic dengan mee goreng Mak Lang ku.. Suamiku seperti biasa..sebuk melayan kerenah hero nya yang berlarian2 di tengah padang bersama dengan rakan2 seangkatan.. di waktu ini terdetik hati ku-argh..!! anakku telah besar.. hehe.. dan sekarang mula pandai meminta mainan.. agaknya dia tertarik pada kerdipan lampu2 yang menghiasi mainan2 itu.. Sambil menarik2 tangan ku..dan dengan bahasanya yang bermaksud:- Mummy..Arieff nak mainan tu… sekali lagi.. anakku sudah besar.. :

No comments:

Post a Comment