Wednesday, February 25, 2009

mEmuJUk sEkEpiNg hATi..



Tika ini…
Inginku berlari
Membawa sekeping hati
Nan lara
Akibat kerakusan kehidupan
Pahit perit kekejaman perasaan
Kemana..?!
Mengikut tubuh melangkah?
Bukan!
Menurut akal fikiran yang gundah?
Tidak jua!
Lalu…Kemana hati ini kan ku tempatkan
Ke daerah asing yang tidak pernah kujejaki
Atau..
Ke tanah gersang tiada berpenghuni..?
Argh!!
Tiada arah
Tiada kesudahan
Akhirnya..
Kupujuk hati ini
Sisihkanlah laramu itu
Cekallah dikau
Menempuhi liku kehidupan
Tabahlah dikau
Mengharungi onak ranjau perasaan
Kerana..
Padamu sekeping hati
Ku pautkan segala kekuatan diri...

No comments:

Post a Comment