Masih terngiang
Di kuping telinga
Kata-kata nan terlontar
Dari seorang yang bernama Guru
Katanya..
Hijrah lah wahai anak didik ku
Hijrah lah demi kehidupan
Yang lebih bererti..mulia
Katanya..
Manusia tanpa hijrah
Adalah insan yang
Sia-sia dalam kehidupannya..
Friday, December 18, 2009
Wednesday, December 16, 2009
riNDu naN tERlaRAng..
Di satu ketika
Tika waktu rancak berlari
Meninggalkan remang senja
Menghadirkan gelita maya
Memperlihat wajah purnama
Berteman kejora nan setia
Aku masih di situ
Menghitung detik-detik berlalu
Sesekali kuharap ia pegun seketika
Argh..ingin sekali ku tangis
Biar purnama mengerti
Biar kejora fahami
Jiwa ini kerinduan
Namun apalah daya
Lantaran rindu ini
Rindu nan terlarang
Walau sepahit hempedu
Kukemam,ku telan jua
Usah ditanya mengapa
Kerna masih belum
Ku temui jawapannya..
Tuesday, December 15, 2009
tERsuNGkUr dIKakI dOSa
Buah-buah iman
Tersungkur jua
Di kaki dosa
.........
Dikala Hawa
Melangkah melewati
Pondok usang
Milik Adam
..........
Terkesima dan tergoda
Dek hiasan dunia
Hawa pergi meninggalkan
Tanpa pesan dan kata
.........
Adam merintih pedih
Di tasik bening kolam airmata
Terlerai sudah janji setia
Merana dia akhirnya..
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
huJAn naN bAHanG..
Wednesday, December 09, 2009
pASrAh..
Di suatu senja
Kala mentari
Perlahan menghilang
Membawa pergi remang cahaya
Disebalik awan
Dan malam mula menjelmakan wajahnya
Dia masih disitu
Menghitung puing-puing masa
Menitip kenangan
Yang menyesak dada
Kabur..rapuh
Rantai rindu yang semakin membelit
Kala mentari
Perlahan menghilang
Membawa pergi remang cahaya
Disebalik awan
Dan malam mula menjelmakan wajahnya
Dia masih disitu
Menghitung puing-puing masa
Menitip kenangan
Yang menyesak dada
Kabur..rapuh
Rantai rindu yang semakin membelit
Ingin rasa dihempas dilautan kasih
Agar akhirnya terdampar dihamparan cinta
Namun takdir tidak tertulis
Kiranya tiada jodoh
Bersama akhirnya
Dia pasrah..

aIDIL aDHa..
Walaupun hampir dua minggu Aidil Adha berlalu tapi masih segar diingatan.. Sempena raya korban, nenek aku mengorbankan dua ekor lembu..dengan seekor di lapah sanak saudara manakala seekor lagi di uruskan oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya untuk diedarkan kepada anak2 yatim..
Hem..memang enak makan daging korban ni..mungkin kerana masih segar atau mungkin jua niat korbannya.. ntah..

Monday, November 16, 2009
hELi bARu..
Hem.. this month Arieff buat permintaan dengan daddy nya (kecik2 dah pandai buat permintaan eekk..eeiii..budak2 sekarang..) nak helikopter baru.. sabor jelah..
Tapi oleh sebab anak yang mintak, so daddynya dengan rela hati beli jugaklah helikopter yang boleh terbang..
Dah penuh dengan barangan permainan kat rumah tu..sampai masanya memang kena buang separuh..
Sebab nak main heli ni kena guna tempat yang lapang,so aku bawak anak aku ni ke bukit layang2.. wah..bukan main suka lagi Arieff main.. nasib jugaklah heli ni jenis tak apa2 walaupun terhempas banyak kali (mahal tu..hehehe)..

Thursday, November 05, 2009
peTAqUe..
The next day selepas barbeQ, sebagai memeriahkan lagi suasana serta merapatkan lagi persaudaraan antara kami, pertandingan PETAQUE atau dikenali juga sebagai bowling padang telah diadakan di padang permainan depan rumah gak..hehe
Idea dan peralatan termasuklah bola bowlingnya telah diimport juga dari Selendang.. fuh!! cayalah.. :) Inilah kali pertama aku menyaksikan permainan ini.. ia seakan2 tuju guli.. Walaupun nampak senang, tapi payah jugak.. lainlah kalau juara main guli kampung.. hahaha..
Permainan ini memakan masa yang agak lama..dari pagi sampai ke 3 petang baru habis..fuh!!lamanya.. Setiap individu yang bermain mempunyai 3 biji bola yang sederhana berat (aku tak timbang plak beratnya..hehe) ,tapi Arieff pun boleh baling..consider ringan lah kutt.. :)
Pada hari tersebut,dengan mengikut kata refree yang jugak punya idea ni, main kira mata.. so sesiapa yang memperolehi 13 mata-menang.. dan lawan lagi pasangan yg lain..begitulah seterusnya sehinggalah juara di nobatkan..

Inilah bola nya.. cute jer..sebab tu Arieff pun geram nak baling..hehe
Ini dia refree merangkap empunya idea.. siap ada wisel cakap lu..muahahaha

Antara pemain2 yang mengilap bakat masing2..
baRBe-Q..
Last week sempena meraikan hari lahir nenek aku sebelah papa, semua adik beradik papa termasuk anak2 dan cucu2 masing2 telah berkumpul di rumah Busu di Tmn Mutiara Rini..
Tengahari kami semua makan udang galah yang diimport dari Selendang..hehe.. sebelah malamnya kami semua telah mengadakan barbeQ segala macam seafood.. udang..ketam..ikan..kerang..kupang..sotong.. bla22.. di depan rumah jer.. tapi cukup happening!!

Tuesday, November 03, 2009
sETiA yANg puDAr..
Thursday, October 29, 2009
fiSHiNg..
Ahad lalu demi memenuhi janji yang dilafazkan oleh suami aku terhadap anak nya untuk pergi memancing, kami telah menghabiskan sedikit masa di hujung minggu di pantai TNB.. hehe.. macam jauh.. :)
Aku selaku pemerhati hanya menghabiskan masa dengan bersantai sambil menikmati suara alam.. Sehingga ke tengahari kami terpaksa pulang awal tanpa sebarang tangkapan kerana awan di langit yang semakin pekat berserta suara si guruh yang seakan menyuruh kami pulang segera sebelum kami di basahi dengan hujan yang menggila..

Monday, October 26, 2009
jERAm di HutaN neGERi..
Dua minggu lalu sempena perayaan Deepavali, aku mengambil peluang untuk pulang ke Slendang.. bersama Fazz dan Man serta anak aku kami sampai pada Jumaat malam..
Esoknya, setelah dicadangkan oleh Fazz kami pergi ke jeram di Taman Negeri Pahang.. hem.. rasanya hampir tiga tahun aku tidak ke sana.. Tidak banyak perubahan yang berlaku.. mungkin kerana mahu kesucian hutan dan air terjunnya yang semulajadi dipelihara tanpa sebarang noda2 hitam oleh tangan2 yang rakus.. hehehe.. cuma yang ada kalau dulu masuk ke sini free, tapi sekarang telah dikenakan bayaran sebanyak RM5 seorang..fuh!! boleh dikatakan agak mahal bagi sebuah taman hutan lipur yang tidak mempunyai banyak kemudahan..
Sesampai kami di sana, air jeram yang mengalir jernih bagai menggamit kedatangan kami.. pelagi.. terus..ceburrrrr... tapi aku selaku pemerhati bebas sahaja sementelah di situ hanya kami sahaja yang bermandi manda..
Sejam berada di dalam air sehinggakan Arieff kegigilan menahan kesejukan menyebabkan keputusan diambil untuk pulang...

Friday, October 16, 2009
rAYa..
Hem.. dah agak bersawang blog aku ni tak sempat di update.. di hambat kesebukan kerja yang tak terkejar dek kepantasan masa yang memecut meninggalkan..
Oleh sebab hari ini masih di dalam bulan Syawal,walaupun di saat akhir.. namun masih tak terlambat rasanya aku menempelkan sedikit kenangan di pagi hari raya..
Tahun ini aku menyambut Syawal dengan bertemakan purple.. di Segamat.. pagi di kampung sebelah mama.. petang di rumah mertua.. dekat jer.. raya kedua di Melaka..kebetulan Roza sepupuku membuat majlis kesyukuran dan potong jambul sempena kelahiran anaknya yang pertama.. kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara amat di rasai..sementelah keluarga sebelah papa mau pun mama memang ramai.. yang paling dirasai dimasa memberikan duit raya kepada kanak2..fuh!! dah macam kelkatu..hahahahha... agaknya macam tulah aku waktu kecil dahulu.. Tapi inilah peluang collect duit raya bagi kanak2 ini.. kaya sekejap.. :)
Pendek kata Syawal ini seribu kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi kiranya Dia memberikan aku peluang merasai kemanisan beraya.. Semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.. Amin

Sesi bersalaman di pagi Raya
Gaya Seorang Panglima..
Sesi bergambar
Bersama atuk nenek moyang Arieff
Bujang2 keluarga Che Nah..
Suasana di dapur sewaktu majlis kesyukuran
Bertiga.. hem..bila nak berempat yer.. hehe
Gaya Seorang Panglima..
Tengah syok main bunga api..
Sesi bergambar
Bersama atuk nenek moyang Arieff
Bujang2 keluarga Che Nah..
Suasana di dapur sewaktu majlis kesyukuran
Arieff N Zikry
Subscribe to:
Posts (Atom)