Thursday, May 06, 2010

fAMilY dAy.. gOREk bAy..

Hem..sempena hari buruh 1st May, keluarga besarku (sebelah mama) yang telah membuat perancangan agak lama juga untuk bersama2 mengadakan hari keluarga. Setelah kata putus diambil, Telok Gorek berhampiran Mersing menjadi lokasi pilihan kami semua selama 3hari 2malam..

Seramai lebih kurang 60 orang ahli keluarga termasuk tua muda.. ibubapa..anak2 menantu.. cucu cicit telah berkumpul pada hari Jumaat untuk check-in di kawasan chalet yang telah diuruskan..
Hem..memang meriah giler dengan suara2 haruk pikuk budak yang sebuk nak mandi laut..biasalah kan..namapun budak2..mak ngan bapak budak pun sama tumpang sekaki..hehe


Siap ada banner dan aturcara tu..cayalah..

Arieff yang x sabar2 nak pakai swim vest -pelagi..nak mandi laut la..
Antara makanan yang dibawa masing2 pada hari pertama sampai.. punyalah bnyak makanan sampai tak termakan.. heh!
Antara suasana di lokasi pada hari pertama datang..


Pada malamnya mengikut aturcara majlis, selepas sembahyang berjemaah bersama2, ceramah agama oleh seorang Ustaz yang dijemput khas dari Selendang yang bertajuk "Membina Keluarga Bahagia" pula menjadi halwa telinga,mengisi rohani. Masing2 tekun mendengar ceramah dan mudah2an kami semua sekeluarga akan menjadi keluarga yang benar2 bahagia dunia akhirat.. Amin
Selepas makan malam, acara rebut kerusi menjadi agenda sukan yang pertama mengisi malam. Masing2 tunjuk skil merebut lah apalagi.. hehe


Pagi Sabtu hari kedua-setelah Subuh, pada pukul lebih kurang hampir ke pukul 7 masing2 dikehendaki membuat senaman ringkas- poco2 yang di ketuai oleh Fazz.. hem.. dari tak pandai terus masing2 tunjuk skill.. cayalah.. sporting semua.. :)
Selepas itu sesi bergambar beramai2..fuh!! punyalah ramai kerabat.. haha


Selepas senaman, masing2 mengisi perut dulu.. nasi lemak telur sebagai menu sarapan..
Selepas masing2 kenyang, bermulalah acara sukaneka yang dimulai dengan sukaneka kanak2..
Arieff pun tak ketinggalan menyertai.. teror gak anak aku ni lari dan rebut.. janji dapat hadiah nanti..hehe

Antara acara yang ada- rebut gula2..cari gula2 dalam tepung..tiup belon dan pecahkan.. ikat kaki tiga.. isi air dalam botol.. meriah!! :)

Selepas acara sukaneka kanak2, kini ibu2 bapak2 plak yang nak main.. tunjuk skill.. hahaha
Antara acara yang disertai- bawa bola pingpong dlm sudu.. semakin jauh semakin sayang.. suami dukung isteri..pass batern.. lumba makan baulu..baling selipar.. ikat kaki tiga..mencari harta karun..dan banyak lagi.. pendek kata memang havoc..masing2 memberikan komitmen yang membanggakan.. ahaks!


Selepas itu pada petangnya,acara di tepi pantai pula sperti lumba berenang.. main galah panjang.. membina istana pasir dan banyak lagi..
Selepas itu ada yang mengambil ksempatan untuk berkayak..termasuklah aku..hehe walaupun tak pandai berenang..life jacket kan ada.. hahaha
Budak2 memang inilah masa yang ditunggu2..mandi laut sampai kepenatan hingga ke petang! Sesekali kasik can.. hehe
Pada malamnya acara barbeQ dan karaoke memenuhi aktivit hingga ke tengah malam..
Kaki2 pancing yang tak melepaskan peluang untuk memancing.. memang naik kerapu jer kat sini.. ada sekor pari lebih kurang 3kg yang dinaikkan oleh otai pancing sape lagi kalau bukan Pak Lah.. (sebab tulah dia menang acara memancing ni..)
Keesokan paginya hari ke-3, selepas sarapan, ada yang mengambil kesempatan dengan bersiar2 menaiki basikal/motor yang boleh disewa disitu.. Arieff bukan main seronok naik motor dengan Tuk Pa dan Nek Ma..tgk monkey ngan chipmunk katanya..hehe
Sempat sesi bergambar dengan atuk dan nenek..
Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang2 yang bersungguh2 main diacara sukaneka.. budak2 memang gembira sakan lah.. alaaa.. mak ngan bapak budak pun sama..hehe
Walaupun hadiah murah2 jer.. tapi kire ok lah kan..janji meriah!!


Antara gambar2 pemenang yang tersenyum megah sebab dapat hadiah. ahaks!!
Selepas makan tengahari masing2 bersiap2 untuk berangkat pulang..
Semoga kita ketemu lagi dilain masa dan dengan ahli2 keluarga baru hendaknya..

Inilah buah gorek yang diambil namanya di Gorek Bay ini..
Tapi tak tahu lah boleh makan ke tak..



Adioss...

No comments:

Post a Comment