Thursday, February 25, 2010

pErcAtuRaN cINta..

Dikeheningan malam itu
Saat yang berdetik
Seakan perlahan
Memutar waktu
Disitu kita berkongsi kaseh
Dibawah langit kerinduan
Berpaksikan cinta suci
Namun..
Tegarkah kiranya sayang itu
Bisa melukakan hati-hati
Yang telah menjadi darah dan daging
Wajarkah
Andai kaseh yang tercipta
Menjadi duri bak sembilu
Yang menusuk perit di kalbu mereka
Oh Tuhan..
Hebat benar percaturan Mu
Menemukan dua hati
Menerbitkan bibit-bibit cinta
Tapi alangkah sayu dan hiba
Kiranya kaseh itu
Diteruskan bala
Dibuang kan merana selamanya..

Wednesday, February 24, 2010

cuTi CNY..

Melaka.. digelar bandaraya bersejarah.. sejarah apa..? sila ingat-ingatkan kembali apa yg cikgu sejarah ajar..hehe

Melaka tempat aku dilahirkan.. (lahir jer..dibesarkan ditempat lain..) di sini kg sebelah papa.. kalau balik kg sini jer automatik papa akan tukar loghat dan nama pun akan bertukar dengan panggilan manja.. kebetulan masa Chinese New Year hari tu sepupu aku yang kat kg- Ain bertunang.. jadi kami semua berkumpul di sana untuk menjayakan majlis pertunangan tersebut..


Sempat ke Melaka Planetarium-boleh tahan la..kalau budak2 sekolah rasanya memang berbaloi lah information yang disediakan.. bnyk berkaitan pasal planet..dah namanya pun planeterium kan.. Sebenarnya tidak dibenarkan mengambil gambar.. tapi sebab dah spesis degil.. apa yang tak bagi, itulah yang nak dibuatnya..hehe Sempat jugaklah snap gambar2 tapi agak gelap skit lah-maklum..curi2 lah katakan... :)



Ini plak suasana sebelum dan semasa majlis pertunangan. Lauk pauk kebanyakannya dimasak oleh sedara mara dengan diketuai Nenek aku la.. Arieff yang seperti biasa sebuk gak nak suruh amik gambar dia.. sireh junjung yg digubah sendiri oleh sedara mara.. maklum..bakat2 terpendam.. yang lain banyak jd tukang sebuk ngan tukang tengok jer... yang paling kelakar Mak 'pengantin' yang mula2 tak bagi aku snap photo dia tapi dalam masa yang sama sempat posing before masuk bilik air mandi.. hahaha..



*Antara barang hantaran dari pihak perempuan..

*Sepupu aku Ain yang tengah control ayu dan berdebar2..

*Busu yang mcm biasa-control cun jugak..hehe

*Pemberian seperti beras dan gula dalam Mangkuk tingkat (kalau tak salah aku namanya 'sia') yang masih di amalkan oleh orang2 yang seusia dengan nenek aku..




Antara gambar2 yang sempat diambil semasa rombongan dari pihak lelaki tiba..
dan syarat2 pertunangan di persetujui bersama..

Lambakkan kereta yang memenuhi halaman rumah..punyalah ramai..fuh!! Apa pun Majlis pertunangan berjalan lancar..
Semoga sepupu aku tu berjaya menempuhi alam pertunangan dengan jayanya..hingga kejinjang pelamin -Amin


Malamnya aku yang sudah lama rasanya tak berendam dalam kolam air panas semulajadi di kg sebelah kg aku ni.. so pelagi..aku pun paksa lah adik2 aku mandi sama.. tapi punyalah ramai orang..biasalah.. musim cuti.. tapi bolehlah selit2 nk rendam2 kaki.. jirus air kt badan jelah

Friday, February 12, 2010

kATamU..




Katamu..

Cintamu umpama pelangi

Tak bercahya namun serinya

Bisa menghibur hati

Benarkah..?




Katamu..

Kasihmu padaku

Umpama lautan

Luas tak bertepi

Betulkah..?




Katamu..

Buih-buih memutih

Ditepian pantai

Bagai simpulan-simpulan sayangmu

Yang tersimpul rapi nun dihati

Begitukah...?



Andai takdir mengia kan..membenarkan

Kan ku lirik pelangimu
Kan ku renang lautan kasihmu
Kan ku kalungi simpulan sayangmu

Hingga akhirnya

Kan kuseru namamu di hati ku..

aNNuaL diNNer 2010

Sabtu lepas seperti tahun2 sebelumnya,co tempat aku mencari sesuap nasi (cewaahhh..) telah mengadakan annual dinner di hotel thistle,JB. Bertempat di Orchid ballroom (yang deco nya pada aku ok lah) dan setelah para pekerja mengambil tempat masing2.. majlis seperti biasa di dahului dengan ucapan dari president spotclub.. ucapan ringkas dari MD..dan majlis pun dirasmikan dengan penuh dramatik(hahahaha)..





Annual dinner yang bertemakan MaFIA NiTe.. ramai betul bakat2 mafia terpendam malam itu yang baru keluar dari sarang persembunyian.. bersama tatu2 ganas masing2..bak kata MD, harap2 jangan ada orang2 di hotel tu yang report polis... hahahaha

Antara gambar2 menarik yang diambil.. menu malam itu pun ok..bedal jelah..


Suasana diawal majlis..pendaftaran.. ucapan dari MD..perasmian.. chick dance yang seangakatan dengan wake up dance.. barisan AJK spot club yang bertanggungjwab menjayakan majlis.. Arigatogozaimas..



Antara acara-acara yang menghangatkan majlis.. nyanyian.. permainan..tarian gelek Arab pun ada.. MJ M'sia pun ada..(hehehe) penyampaian hadiah2 bagi beberapa anugerah..sukan..lucky draw..(aku salah sorang dari yg lucky..) joget lambak pun ada..
fuh! cayalah.. mafia pun pandai joget lambak siutt...


Acara wajib-bergambar laa..bila lagi masing2 nak perasan cun dan macho..



Tak sangka plak aku dinobatkan sebagai best woman dress.. agaknya sebab bertatu kut..
fuh! perasan lady mafia jap...hahahaha




Apa pun majlis yang diadakan memuaskan dan menghiburkan..
semoga berjumpa kembali di tahun hadapan..
Gud Nite Mafia..



Wednesday, February 03, 2010

03 FeBRuARy 2010

Saat jemari
Menyentuh lembut
Bersatu diwajahmu
Hati berdebar..jiwa bergetar
Hembusan nafas yang bersatu
Menderu di bawa bayu
Lena di situ
Bila rinduku dan rindumu
Menguntum terkesan dijiwa
Ayat-ayat cinta disusun indah
Penuh makna
Sayangku..
Kau segala buatku
Hingga takdir ke hujung nyawa
Kan ku bawa kasih kita
Hingga syurga Firdausi..
***********************************
Buat suamiku..
Terima kasih kerana menyayangi isterimu ini setulus hati. Semoga ulang tahun perkahwinan kita yang ke empat ini memberi nur kasih selamanya..