Friday, December 18, 2009

sALaM hIJraH..

Masih terngiang

Di kuping telinga

Kata-kata nan terlontar

Dari seorang yang bernama Guru

Katanya..

Hijrah lah wahai anak didik ku

Hijrah lah demi kehidupan

Yang lebih bererti..mulia

Katanya..

Manusia tanpa hijrah

Adalah insan yang

Sia-sia dalam kehidupannya..

Wednesday, December 16, 2009

riNDu naN tERlaRAng..

Di satu ketika
Tika waktu rancak berlari
Meninggalkan remang senja
Menghadirkan gelita maya
Memperlihat wajah purnama
Berteman kejora nan setia
Aku masih di situ
Menghitung detik-detik berlalu
Sesekali kuharap ia pegun seketika
Argh..ingin sekali ku tangis
Biar purnama mengerti
Biar kejora fahami
Jiwa ini kerinduan
Namun apalah daya
Lantaran rindu ini
Rindu nan terlarang
Walau sepahit hempedu
Kukemam,ku telan jua
Usah ditanya mengapa
Kerna masih belum
Ku temui jawapannya..



Tuesday, December 15, 2009

tERsuNGkUr dIKakI dOSa

Buah-buah iman
Tersungkur jua
Di kaki dosa
.........
Dikala Hawa
Melangkah melewati
Pondok usang
Milik Adam
..........
Terkesima dan tergoda
Dek hiasan dunia
Hawa pergi meninggalkan
Tanpa pesan dan kata
.........
Adam merintih pedih
Di tasik bening kolam airmata
Terlerai sudah janji setia
Merana dia akhirnya..

Friday, December 11, 2009

wARnA-waRNa cINtA..


Rindu yang terlukis

Dalam kanvas cinta

Menyerikan warna-warna

Kehidupan



Merah dengan cinta nan

Hangat membara



Biru dengan kasih nan

Selaut setia



Hijau dengan sayang

Mendamaikan jiwa



Semoga cinta ini

Bersemi selamanya...

Thursday, December 10, 2009

huJAn naN bAHanG..

Hujan menitis

Membasahi bumi Ilahi

Mendinginkan suasana

Nyaman.. indah

Namun tiba-tiba

Bahang terasa

Lantaran hati tertanya

Bersungguhkah sayang dia padaku

Kerna riak dan laku

Tidak selari dengan kata-kata

Sungguh..aku keliru!

Wednesday, December 09, 2009

pASrAh..


Di suatu senja
Kala mentari
Perlahan menghilang
Membawa pergi remang cahaya
Disebalik awan
Dan malam mula menjelmakan wajahnya
Dia masih disitu
Menghitung puing-puing masa
Menitip kenangan
Yang menyesak dada
Kabur..rapuh
Rantai rindu yang semakin membelit
Ingin rasa dihempas dilautan kasih
Agar akhirnya terdampar dihamparan cinta
Namun takdir tidak tertulis
Kiranya tiada jodoh
Bersama akhirnya
Dia pasrah..

aIDIL aDHa..

Walaupun hampir dua minggu Aidil Adha berlalu tapi masih segar diingatan.. Sempena raya korban, nenek aku mengorbankan dua ekor lembu..dengan seekor di lapah sanak saudara manakala seekor lagi di uruskan oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya untuk diedarkan kepada anak2 yatim..

Hem..memang enak makan daging korban ni..mungkin kerana masih segar atau mungkin jua niat korbannya.. ntah..

daging yang siap dilapah,dibungkus setiap sekilo untuk diagih2kan kepada jiran tetangga..
hem.. dah besar esok,Arieff pulak yang jadik tukang lapah yer..

anak2 sempat berposing dengan kepala lembu.. tak takut langsung..!

Antara tukang2 lapah.. tak sampai satu jam dah settle..cayalah.. :)

Moga Tuhan memberikan aku peluang untuk berkorban jugak di masa akan datang...