Monday, August 24, 2009

rAMadHaN dATanG LaGi..


Hari ni masuk hari ke-3 Ramadhan untuk tahun ini.. tak sangka yer.. tahun ini merupakan tahun ke 23thn aku berpuasa..kerana aku mula berpuasa pada umur ku 7thn.. masih terimbau diingatan pada ketika itu, hari pertama puasa aku yang sememangnya kecik dari segi size terpaksa menahan lapar dan dahaga sehingga ke petang walaupun dan melepek seharian.. namun hati masih cekal meneruskan puasa hingga berbuka walaupun ketika itu ibu saudara sebelah papa,mak Itam dan Busu aku memujuk aku untuk berbuka..mungkin terasa belas dihati melihat anak kecil yang keletihan namun masih cekal ketika itu.. dan itulah permulaan aku berpuasa sehingga penuh 30 hari berpuasa.. sehingalah ketahun2 seterusnya..


Hem..bila aku terpandangkan wajah anak ku, terdetik dihati.. bagaimana agaknya perangai anak aku jika disuruh berpuasa.. mudah2an Tuhan permudahkan.. semoga anak ku menjadi anak yang soleh..


Dibulan mulia ini tiada apa yang aku pohon pada Yang Esa selain mengurniakan seribu keberkatan dalam kehidupanku dan keluarga aku..


Hem.. diwaktu puasa ini, menu untuk berbuka sering berlegar diminda terutama diwaktu petang..Semalam aku bersama Fazz memasak nasi lemak ayam rempah..dan tauhu sumbat.. sodappp.. Man tunang si Fazz kata boleh buat jual ni...hehe.. tak lupa aku beri kepada jiran aku, Kak Dila.. bak kata orang, sama2 merasai nikmat rezeki pemberian Tuhan...

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan memperoleh pahala yang berlipat ganda hendaknya... Amin

Wednesday, August 19, 2009

dEmAm..


Lama aku tak posting.. bukan apa.. hari2 yang dilalui terasa pantas masa berlari..meninggalkan kenangan..memori..pahit manis sebuah kehidupan..


Minggu lalu aku pulang ke rumah mama.. elok sampai rumah jer terus tertido kejap..bangun dari tido jer terus badan rasa lain macam..alamak!! macam nak demam jer.. dan sampai ke petang, papa ajak bersiar2 sebentar di Pantai Hiburan.. melayankan keletah Arieff yang sebuk menutup lubang2 umang2 dipantai.. selepas balik ke rumah terus badan aku memang tak bermaya langsung.. pelagi..telan ubat demam.. penyudahnya malam itu aku melayan mata dan kepala yang dah ting tong.. dan jawapan yang paling ringkas ialah..tido!


Demam yang dirasai menyebabkan aku terpaksa mengambil MC 2 hari.. dan perkara yang aku bimbangkan terjadi jua- Arieff pun demam..alahai... kesian aku melihatnya terlantar saja..nasib juga Mak Dak merangkap baby sitter aku tak demam.. (actually seluruh keluarganya dah demam minggu sebelumnya.. jadi aku rasa aku dapat virus demam ni dari rumah dialah kutt...) so dapatlah dia menjaga Arieff..


Aku melalui minggu lalu dengan rasa yang agak 'menderita'..mana taknya kepala still pening2.. batuk2..selsema.. tapi aku kuatkan hati untuk pergi kerja jugak sebab kalau aku melepek di rumah lagi lambat aku sehat.. (itu teori aku sendiri terhadap badan aku sendiri..hehehe)
Tapi anak aku still belum sembuh walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik swasta..


Di musim virus selema babi dan sebagainya yang melanda sekarang ni, dan kesihatan anak aku yang tidak menunjukkan kesihatan yang semakin baik, aku dan suami mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Wakaf di Pasir Gudang.. Walaupun mengambil masa yang lama..dan sempat mengambil blood test..kerana suhu badannya agak tinggi -40 oC, Dr. mengesahakan anak aku bebas dari penyakit2 yang tidak diingini.. Selepas memberi ubat kepada Arieff Alhamdulillah.. dengan izin Allah anak ku terus sembuh keesokan harinya.. barulah action2 hero..Oltromen keluar semula..lega!


Hem.. terkadang terpikir2 diminda, apakah bala yang Allah berikan..uji kan kepada hambaNya dimuka dunia ini.. masih belum berjumpa dengan jawapan yang dicari.. namun hati tekad percaya bahawa ada hikmah disebalik bala yang Allah ujikan untuk kita semua..sama2lah kita berdoa agar kehidupan kita sehat sejahtera dunia dan akhirat..

Arieff yang melepek kelesuan.. alahai..kesiannya anak Mummy ni...

Wednesday, August 05, 2009

bADmiNToN..

Hem.. hari ahad lepas aku telah meluangkan masa untuk bermain badminton dalam pertadingan badminton yang dianjurkan oleh co. aku ni.. Walaupun dah lama dan tak pandai pun main badminton ni tapi atas semangat kesukanan, aku mengambil bahagian juga..

Walaupun pertandingan ini cuma mewakili 5 orang peserta perempuan selebihnya lelaki sahaja namun agak meriah jugaklah... so ini antara aksi2 yang sempat diambil pada hari tersebut..

Biasalah, my hero ni dia mesti possing dulu..alaa2 autobot transformer...


Pertandingan di adakan di TS Sport Complex


Inilah dia barisan peserta wanita.. chai yok!chai yok!

Orang disebelah aku yang bertanggungjawab dalam memujuk aku masuk pertandingan ni... Ina

M.R Couple-Aksi Rachel bersama partnernya Masraf..hem..terror gak amoi ni main sambil Masraf memberikan arahan..kiri..kanan.. hehe

Double Z- Aksi Zetty bersama partner nya Zaki.. merah muka member berlari sana sini kejar bola..wakaka..

Double S- Aksi Ina bersama partnernya Sukor.. sekali tengok gaya macam pro..
2x tengok...hehe

Doulbe A- aku ngan Ajib..alahai..dahlah aku x pandai main, si Ajib ni pulak dh kepenatan sebab main banyak sgt.. maka jawapannya... kalah laa....wakakaka

Sempat possing...patutlah kalah...hahaha
Acara berakhir dekat pukul 2 jugaklah.. balik dengan tangan kosong... tak per.. main lagi di masa hadapan... Gambate kudasai!!