Monday, April 27, 2009

pAtuT atAU tiDak..??

Last week aku menonton berita di TV3 sperti kebiasaan..maklum ini adalah satu medium untuk mengetahui keadaan semasa..dalam dan luar negara..

Hem.. salah satu berita yang aku rasa sampai sekarang macam tidak adil kepada orang awam..

Berita itu mengisahkan tentang insiden kejar mengejar antara polis rondaan dengan sebuah kereta waja(kalau tak salah aku) Polis itu telah cuba menahan kereta yang mencurigakan tersebut,tetapi malangnya kereta tersebut telah memecut laju tanpa memperdulikan keselamatan orang awam yang turut berada di atas jalan raya..

Bagi melepaskan diri, penjahat(kalau bukan,mesti tak lari kan..)tersebut telah melanggar beberapa kereta antaranya Vios yang dipandu oleh seorang wanita cina bersama dua orang anaknya..sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk.. kemudian Waja penjahat tersebut telah melanggar lagi sebuah kereta sehingga menyebabkan pemandunya patah kaki akibat dirempuh.

Kisah ini berakhir apabila polis itu telah berjaya menahan kereta Waja tersebut iaitu penjahat yang mempunyai senjata yang berbahaya termasuklah pistol dan beberapa butir peluru.
Polis ini telah dianugerahkan pingat(kalau tak salah aku) sebagai menghargai keberanian polis tersebut dalam memberkas penjenayah yang dikehendaki tersebut (Gambar hiasan )

Persoalan yang aku ingin aku utarakan ialah, patut atau tidak patut bagi polis tersebut bertindak untk mengejar penjahat tersebut tanpa memperdulikan orang awam sehingga menyebabkan kenderaan mereka kemalangan dan lebih teruk sehingga patah kaki..?? Bagaimana kalau orang awam tersebut bukan sahaja patah kaki malah mati ditempat kejadian..?? Bagaimana agaknya nasib kedua orang anak wanita cina itu sekiranya ibu mereka juga mati akibat kemalangan tesebut?? atau pun lebih malang kedua orang anak itu turut terkorban disebabkan tindakan polis yang mengejar penjahat yang kita semua maklum bahawa penjahat akan bertindak nekad bagi melarikan diri waima mengorbankan orang awam sekalipun..

Apakah kita akan bersyukur dengan penangkapan penjahat tersebut,maka jumlah penjenayah akan kurang??atau apakah perasaan kita sekiranya yang terkorban itu adalah orang2 yang kita sayangi...??

Hem.. sampai saat ini aku masih berfikir2.. PATUT atau TIDAK..??

Friday, April 24, 2009

tIAda lAGi..

Semilir Bayu Berbisik
Merungkai Kata Cinta
Antara Dua Kaseh..Dua Hati
Pohonan Asmara
Bedeser Lembut
Memercik Irama Indah
Dedaunan Sayang Bersiulan
Mendendang Lagu Rindu
Betapa Asyik
Mendodoi Lagu Cinta
.....................................
Tesedar Dari Lamunan
Tesentak Dari Kenangan
Terkesima..Lantaran
Dia Telah Pergi
Bertemu Illahi
Kaseh Yang Bersemi
Tersungkur Di Tangan Takdir
Tiada Lagi
Kata Cinta..
Tiada Lagi
Tawa Ria
Kaseh..
Izinkan ku simpan
Kenanganku Bersamamu
Di Sudut Hatiku…

**Puisi ini aku ilhamkan semalam sewaktu mendengar sebuah lagu kegemaranku yang dinyanyikan oleh Amy Seacrh..(penyanyi asal kalau tak salah aku dari seberang)
Tiada Lagi..

Friday, April 17, 2009

zOO..

2 minggu lepas mama dan papa telah datang ke rumah aku setelah hampir lima bulan tak bertandang..! fuh! lama tu... maklumlah..papa begitu sebuk dan ada saja halangan atau urusan2 yang terpaksa diuruskan.. lagi pula mama yang kebetulan mengambil lesen kenderaan..motosikal.. hehe...

Gembira sungguh anak ku Arieff melihat Tuk Pa ngan Nek Ma datang.. kesempatan ini kami ambil untuk pergi ke zoo Johor.. walaupun aku sudah lama bermastautin di sini, tetapi ini adalah kali pertama aku ke sini..

Hem.. dengan tiket masuk sebanyk RM2 seorang.. zoo yang aku rasakan agak tua dan tidak berapa terurus tapi cukuplah sekadar untuk anak aku melihat dan mengenali dengan lebih dekat lagi binatang2 yang selalunya dilihat di buku2 atau dikaca TV..

Begitu gembiranya dia bila di'agah' oleh monyet2 didalam kandang yang aktif bersenggayut menunjukkan aksi2.. sampai kan aku pun terpegun sekejap..hehehe..

Walaupun dalam kehujanan kerana hujan turun agak lebat juga, tapi anak ku yang tengah exited tetap mengheret tangan Tuk Pa nya mengelilingi zoo tersebut..

Paling kelakar bila dia mengatakan 'phen seep' - maksudnya elephant sleep.. aku dan mama tepikir2 mengapa dia mengatakan gajah2 yang dilihatnya tido sedangkan gajah2 itu aktif meminta makanan menggunakan belalai dari kanak2 yang mengelilingi kandang.. last2 barulah mama terfikir -mungkin disebabkan mata gajah yang agak tertutup yang menyebabkan anakku menyangka gajah2 itu sedang tido.. hahahaha...


Harimau yang dinamakan Agra(kalau tak silap aku) begitu garang sekali mundar mandir di kandangnya.. eeiii..seramnya bila dipikirkan kalau2 ia terlepas...

'phen seep' hehe...


asyik melihat kuda padi.. mulut becok panggil horse..

Suspen gak Arieff bila dapat naik horse.. hehe

Sampai ke hari ni bila Tuk Pa menelefon mesti mulutnya akan becok 'bercerita' dengan pelat2nya pasal tiger..phen seep.. horse.. hehe...

Wednesday, April 15, 2009

aNnuAL diNNer..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mencoretkan rentetan kenangan annual dinner yang telah diadakan pada 28th Mac 2009 di Zone Regency,JB di company baru aku..maklumlah..lately bz dengan special task utk saving cost.. nampaknya sekarang barulah ada masa untuk aku berkongsi kenangan itu..

Pada hari itu selepas menghantar anakku ke rumah Mak Dak aku(baby sitter) -(kalau ada hero kecik tu jawapannya memang kacaulah jadinya..hehe) aku mula bersiap2 dan mula ‘menconteng muka’.. dengan bantuan adik aku..yang agak expert bab2 berhias diri ni.. setelah siap –bertemakan BLACK N WHITE kire ok lah penampilan aku.. kemudian aku mula gerak ke rumah office mate aku,Judy beserta dengan 2org lagi staff untuk car pool - save cost..hehe

Sebaik sahaja tiba di ball room dan memilih meja,acara pun bermula dengan ucapan2 dari orang2 kuat yang menjayakan majlis ini termasuklah MD aku, pembukaan menu dinner dan seterusnya acara2 yang berlanjutan sehingga ke pukul 10 lebih..

Aku enjoy dengan acara yang agak meriah..maklum lah dengan kegawatan ekonomi yang melanda tapi co.ni berjaya jugak mengadakan majlis seperti ini..walau pun tak seberapa tetapi orang kata memadailah.. tapi the best part is, aku berjaya membolot lucky draw no-42 berupa blender berjenama Khind..
hahahaha….

Front Stage..


Bersama Judy..


Bersama kawan semeja dan MD..


Bersama bos dan dept staff..

Bersama rakan2 sekerja wanita..

Aku harap majlis ini dapat diadakan lagi pada tahun2 hadapan.. semoga co.tempat aku bekerja murah rezeki.. hehe