Monday, March 23, 2009

kOLAm iKAn..

Hem.. 2minggu lepas aku balik rumah mama kat Slendang..cuti sempena Maulid Nabi.. so Sabtu pagi aku ngan adikku,Fazzean serta anak ku meredah kedinginan pagi..cewahhh..tak delah pagi sangat.. tapi sejuk jugaklah.. hehe..

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3jam (bergilir2 memandu disebabkan adikku pening kepala katanya..) akhirnya pukul 10 pagi kami selamat sampai.. bila dah smapai rumah mama yang udaranya sungguh mnyegarkan.. berbeza dengan udara di rumahku yang sungguh menyesakkan.. kelopak mata ini bagai ditarik2..tido kejap.. letih memandu kutt..hehe..
Hari ahad pada mulanya kami merancang untuk memukat udang di laut..kata papa sekarang musim udang.. tetapi disebabkan keadaan kulit suami ku yang tidak mengizinkan..(baru2 ni terkena penyakit kulit..dirahsiakan dari pengetahuan umum..hehe) so terpaksalah kami ubah plan-picnic sambil memacing..
So seperti yang dirancang,kami menaiki jip untuk ke tempat penternakan ikan tilapia yang diusahakan oleh peneroka di sini.. Perjalanan yang mengambil masa dalam 20minit agak adventure..maklum..orang kata masuk jauh kedalam hutan.. jalan tar merah untuk separuh perjalanan yang terakhir..memerlukan skill memandu pacuan 4 roda yang agak tinggi.. hem..oleh sebab papa memang dah biasa dengan keadaan begitu,jadi agak mudah baginya..


Sesampainya kami di sana, mata menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan yang boleh dikatakan masih belum terusik lagi.. terbentang didepan mata tasik yang menurut papa aku kedalamannya dianggarkan 40kaki.. Untuk orang2 seperti aku yang memang tidak tahu berenang.. amatlah mengerikan bila mengenangkan,kalaulah terjatuh kedalam tasik itu… iksh2!..

Untuk sampai ke tempat penternakan ikan tersebut,kami terpaksa menaiki bot atau sampan kepunyaan peneroka empunya kolam ikan tersebut.. kira2 kitaorang ni pinjam kejap lah.. sebenarnya tidak jauh dari seberang daratan,Cuma kira2 5minit sahaja..
anakku yang tengah syok naik bot..hehe

Hem.. ketibaan kami disambut dengan ikan2 talapia yang mengejar..mungkin hendakkan makanan agaknya.. pengalaman ini sangat menarik bagi aku.. anakku dipimpin oleh Tuk Pa nya..sungguh berani dia berjalan di atas titian kolam itu... riang sungguh menyaksikan ikan2 yang banyak di depan matanya.. mulutnya becok dengan perkataan ‘fish’..



Setelah itu suamiku dan papa mula mengeluarkan joran masing2.. hem..kitaorg plak mula mengeluarkan bekalan makanan..hehehe.. bila dah kenyang, barulah aku pinjam joran suamiku yang tidak digunakannya.. try memancing..mana tau..kut2 sangkut toman..hehe.. melihatkan aku yang pegang joran,mulalah anakku plak yang sebuk nk pegang jugak..hem..nasib baik ada joran kecik untuknya..



Tuk Pa layan cucu fishing..

Kami menghabiskan masa agak seharian juga di situ.. pukul 3 lebih tiba2 hujan turun dengan lebatnya..beserta kilat berdentam dentum.. eiii..seram jugak..mana taknya kami masih berada di tengah tasik..setelah hujan agak reda..setelah bersiap2 kami berangkat pulang..

Pemandangan sewaktu hujan..

Suamiku yang ala2 nelayan.. :)

Tak dapat kail ikan di tasik.. kail ikan talapia kolam plak..hahaha

Friday, March 20, 2009

aMAraH..

Inginku menangis
Biar terluah geram dihati
Yang membusung menanah
Dilubuk jiwa
Menyesak..menghimpit
Menyeksa..!
Haruskah ku menjerit
Agar amarah yang membara..membakar
kan perlahan terpadam..menyejuk
Namun..apakah tangisan..jeritan
Mampu mendingin bekukan
Rasa hati yang meluap kepanasan
Lantas bagaimana..?
Tuhan..
Berikan daku secebis
Ketabahan dalam melayari
Lautan ganas sebuah kehidupan..

Monday, March 16, 2009

ePPy BizdAY mAMa..

Hem.. Sabtu lalu, tanggal 14hb Mac, genaplah usia yang ke 48thn bagi mamaku..

Pada mulanya aku terlupa,sementelah pada hari Sabtu adalah hari yang ku khusus kan untuk membersihkan rumah.. mencuci segala pakaian..dsb.

Tengahari,sewaktu aku sebuk melayan my Price yang cute tu makan, adik ku menelefon ku..

"along, tak telefon mama ker..hari nik kan bizday mama.." alamak!! tak ingat langsung.. lantas aku pantas mendail telefon mama..

"Ma, happy bizday.. kemudian anakku pun sebuk berebut untuk mengucapkan happy bizday untuk nek ma nya.. dengan pelat2nya.. "Ma, day.. " wah2..mentang2lah sekarang dah pandai cakap... walau pun still pelat, tapi asalkan orang tahu dan faham itu sudah bagus..ada kemajuan..hehe kemudian dia plak yang sebuk berbual dengan nek ma nya.. bila dah puas 'membebel' barulah aku berpeluang bercakap dengan mama ku..

Hem..apa yer nak bagi hadiah untuk nya.. sekali lagi..pening kepala bila memikirkannya.. maklum, rasa2nya semua jenis hadiah telah kuberikan.. Sebenarnya,pemberian hadiah sempena hari lahir telah lama kupraktikkan..rasanya sejak dari bangku sekolah rendah lagi..

Tak pelah.. akan kupikirkan nanti.. sementelah aku belum berpeluang untuk berjumpa dengan mama,jadi aku masih banyak masa untuk kupikirkan hadiah yang terbaik untuk kuberikan.. Wwalaupun tak sepatutnya hadiah itu diberikan selepas hari lahir..tapi.. argh... tak kesahlah..hehe..






Happy Bizday,MAMA.. semoga kehidupanmu dipayungi rahmat Allah..

Thursday, March 12, 2009

kElaM mALam..

Dalam kelam malam
Hanya kilau yang memukau
Harapan hanyalah angan-angan
Demikiankah..?
Mengharap pada kerdipan kejora
Pesona sejuta cinta
Saat terasakan terlalu hampir
Membuat kita berpisah
Lahirkan cerita lara
Dalam kelam aku tenggelam..karam
Bersama saratnya pilu..sendu dan rindu
Yang tinggal hanyalah igauan semusim
Melarik mimpi dilangit kehidupan
Pada alam ku khabarkan sayang
Pada purnama kukirimkan rindu
Pada sang bayu ku utuskan syahdu
Genggamlah aku dalam mimpimu
Kerna lenaku dalam hatimu
Dan..
Biarkan rinduku beradu
Dalam dengkur kasihmu..

Friday, March 06, 2009

ePPy biZDaY pAPa..



Hari ini adalah hari ulang tahun papa ku yang ke 52..

So,pagi2 lagi aku dan suami serta anakku yang semakin pandai keletah menelefon papaku..
hanya perkataan 'day.. pa.."(happy bizday tuk pa) saja yang pandai disebut.. jadik lah.. baru belajar bercakap..


Hem..apa yer hadiah yang patut ku belikan.. ?? pening jugak kalau nak carik hadiah untuk lelaki.. petang ini lepas balik keje aku akan pusing2 shopping mall carik hadiah yang terbaik.. mungkin idea akan timbul selepas itu.. ooppsss.. jangan ikut perangai aku yang suka beli hadiah last minute.. hehe

Semoga kegembiraan dan keceriaan mengiringi perjalanan hidupmu..

gAWaT..

Hem.. Rabu lalu aku aku terlibat dengan satu meeting dengan agenda utama-cost cutting.. keadaan ekonomi dunia yang merundum ini telah menyebabkan kedudukan boleh dikatakan setiap company di Malaysia juga agak goyah..termasuklah company di mana aku bekerja sekarang ini.. setiap bulan hanya kerugian sahaja dilaporkan..

Kalau difikirkan memang tidak tidur lena dibuatnya.. yelah..bayangkan kalau kilang ini ditutup kerana ketidakupayaan kewangan atau sebagainya..ataupun membuat pilihan untuk membuang pekerja..aduh..!! tak sanggup aku nak menghadapinya..

Ramai juga kawan2 ku yang lain yang telah dibuang kerja kerana kelembapan ekonomi ini..rata2 mereka menyuarakan rasa ‘derita’ akibat dibuang kerja.. Di zaman dimana duit adalah segalanya(boleh dikatakan begitu) kehilangan pekerjaan boleh menyebabkan sesetengah orang yang akan membuat tindakan yang drastik.. Di sinilah angka jenayah yang dilaporkan semakin membimbangkan..

Aku merasakan tanggungjawab untuk mengurangkan kos sangat2 dialu2kan bagi setiap pekerja.. kerana faktor2 lain seperti pasaran..pelanggan.. dan sebagainya tidak mampu kita mengawalnya..

Bukan sahaja di tenpat kerja, di rumah juga kos2 seperti bil air..elektrik perlu dikurangkan.. kalau dulu balik rumah terus on kan semua lampu.. tapi sekarang cukuplah dengan hanya satu atau dua lampu sahaja..terutama bagi rumahku..orang kata macam rumah merpati.. argh.. tak kesahlah..janji ada juga tempat untuk berlindung.. kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi orang yang tidak bernasib baik yang tidak ada langsung tempat berlindung dari panas dan hujan..

Hem.. harapanku semoga krisis ekonomi yang melanda dunia akan berakhir... semoga company aku mencari rezeki akan terus bertahan..dan semoga rakan2 ku yang kehilangan pekerjaan akan mendapat semula pekerjaan masing2.. Amin

Wednesday, March 04, 2009

sEBUah suRaTAn..


Saat suria memewarnai alam

Titis-titis embun pun

Perlahan menghilang

Kan menjelma lagi

Sebuah suratan

Ntahkan suka..

Ntahkan hiba..

Siapalah kita menentukannya

Insan lemah tiada berdaya

Argh hati..

Selagi belum tercalar

Jiwa parah

Jangan kau gugurkan airmata

Selagi belum putus tali

Yang Esa

Usah kau berputus asa..

Monday, March 02, 2009

sAHaBaT..


Sahabat..datang dan pergi meninggalkan kisah kenangan yang tercipta suka duka di kongsi
bersama.. mencetus tawa ria..hiba dan airmata..

n




Mereka-mereka ini adalah sahabat-sahabat yang pernah dan masih hadir dalam mewarnai kehidupanku..
My best friend..




"Happiness happens when good friends get together.."